imperfect rhyme | rima sumbing | Kesusasteraan | Puisi | Rima tak sempurna, bunyi vokalnya sama ataupun hampir sama, bagaimanapun bunyi huruf konsonan yang terletak sebelumnya berbeza. Contohnya, pada rima akhir baris pertama dan ketiga dalam syair di bawah. Karangan ini suatu madah, Mengarangkan syair tempat berpindah, Di dalam dunia janganlah tamak, Di dalam kubur berkhalwat sudah. |
plurisignation | penandaan jamak | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan perkataan untuk mencetuskan pelbagai makna dan konotasi dalam penulisan sastera. Penggunaan ini boleh memaparkan ironi atau paradoks yang kerap digunakan dalam penulisan puisi. Contohnya, frasa �crack �d� crowns� dalam karya bertajuk Henry IV oleh Shakespeare boleh dinterpretasikan sebagai dunia yang sumbing (broken coins), kepala yang luka (fractured heads) atau raja yang turun takhta (deposed royalty). |