variant | varian | Kesusasteraan | Tiada | Sesuatu yang berbeza dalam naskhah sastera daripada yang lazim dari segi ejaan, perkataan, perbandingan, gambaran tokoh, dan episod. Suntingan varian ialah kerja suntingan yang dilakukan terhadap keseluruhan teks yang berlainan. |
apparatus criticus | kritikus aparatus | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah membuat suntingan kritis terhadap karya dengan cara membandingkan beberapa sumber atau versi manuskrip yang berbeza. Kritikus aparatus biasa terdapat dalam kajian filologi, terutamanya semasa membuat suntingan atau transliterasi terhadap sesuatu naskhah manuskrip yang mempunyai vesi yang berbeza. Secara umumnya, sesuatu teks Melayu lama wujud dalam beberapa salinan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Pengkaji akan memilih sebuah naskhah manuskrip yang dianggap terbaik dan membuat edisi, transliterasi, atau transkripsi berdasarkan naskhak tersebut. Semasa membuat edisi, pengkaji akan membuat kritikus aparatus dengan cara membandingkan naskhah yang dianggap terbaik tadi degan beberapa variasi naskhah lain. Kritikus aparatus biasanya dibuat pada bahagian nota kaki. Antara perkara yang diberi tumpuan dalam kritikus aparatus termasuklah memberikan ulasan atau sebab. Sesuatu pilihan dibuat dengan mengemukakan bukti konkrit berdasarkan naskhah lain, sama ada dari segi perbezaan huruf, perkataan, atau struktur ayat. Pengkaji juga boleh mengemukakan bukti kukuh tentang kesalahan yang terdapat dalam naskhah (kemungkinan kesalahan yang dilakukan oleh penyalin), terutamanya wujud unsur kesilapan ejaan, penggantian perkataan, perulangan, kehilangan maklumat, dan sebagainya. Kritikus aparatus sangat penting kerana edisi, transliterasi, atau transkripsi naskhah yang dilakukan darpat dipertahankan kesahihannya, khususnya dalam usaha untuk mendapat suatu edisi yang bersifat ilmiah. Suatu edisi naskhah yang tidak memperlihatkan kritikus aparatus yang baik dan menjdikan edisi tersebut kurang berwibawa dan sering menimbulkan persoalan kepada para pembaca. Contoh kritikus aparatus yang baik dapat dilihat dalam transkripsi teks Sejarah Melayu oleh Abdul Rahman Haji Ismail (1998) dan transkripsi Syair Bidasari yang diusahakan oleh Jamilah Hj. Ahmad (1989). Contoh dalam sastera Arab ialah Kitab al-Tashbihat diusahakan oleh M. �Abd. Al,mu�id Khan dalam sastera Parsi, transkripsi teks Gulistan-i Sa�di diusahakan oleh Ghulam Husayn Yusufi, dan dalam sastera Turki, transkripsi teks Idahu�?-Hikem diusahakan oleh Bilal Kuspinar. Lihat juga anotasi. |
edited book | buku karya suntingan | - | Tiada | Buku yang kandungannya terdiri daripada beberapa artikel atau bab dalam tema yang sama dan ditulis oleh sekumpulan penulis. |
festschrift | terbitan dedikasi | Kesusasteraan | Tiada | Kumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh dalam sastera Arab ialah Ila Taha Husayn Fi �Ida Miladih al-Sab�in disunting oleh �Abd al-Rahman Badawi, al-Kitab al-Tidhkari Muhyi al-Din fi al-Dhikra al-Mi�awiyah disunting oleh Ibrahim Bayyumi Madkur, Durakht-i Ma�rifat: Jashn-nama-yi Ustad Duktur �Abd al-Husayn Zarrinkub disunting oleh �Ali Asghar Muhammad Khani, Yad-nama-yi Jalal al-i Ahmad disunting oleh �Ali Dahbashi dan Fuad Koprulu Armagani disunting oleh Osman Turan. Terbitan dedikasi berasal daripada perkataan Jerman festschrift yang bermaksud �tulisan perayaan�. Lihat juga sumbangsih tizkari. |