Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.pa.ya] | سوڤايا

Definisi : mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya; agar; hendaknya: Belajarlah kamu ~ tidak kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
supaya (kata tugas)
Bersinonim dengan agar, semoga, moga-moga, hendaknya, mudah-mudahan.,

Puisi
 

Pasang kelambu tepi jendela,
     Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
     Saya memilih yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Supaya tahu akan pedas lada,
     supaya tahu akan masin garam.

Bermaksud :

Ajaran supaya tahu akan susah hidup.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political mobilizationmobiIisasi politikSains PolitikPolitik PerbandinganProses menggerakkan anggota masyarakat atau pertubuhan oleh pemimpin supaya bersama-sama terlibat dalam politik untuk mencapai sesuatu matlamat. Mereka yang selama ini pasif terhadap politik diberikan kesedaran, ditanamkan semangat dan dibangunkan supaya lebih aktif untuk terIibat dalam poIitik. Proses ini lebih cenderung dilaksanakan dalam pemerintahan demokrasi. Gerakan ini memberikan peningkatan kepada penglibatan orang ramai dalam politik sekali gus menjayakan perjuangan mereka.
normative economicsekonomi normatifEkonomiTiadaCabang ekonomi yang menggunakan pertimbangan nilai tentang barang dan perkhidmatan yang sepatutnya dikeluarkan supaya memenuhi keperluan masyarakat, bagaimana kaedah pengeluaran sepatutnya dijalankan dengan lebih cekap, dan kepada siapa barang dan perkhidmatan sepatutnya diagihkan supaya perkhidmatan lebih adil dan saksama. Misalnya, ekonomi kebajikan.
visual merchandisedagangan visualPentadbiran PerniagaanTiadaProduk atau perkhidmatan yang dijual dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuannya adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut.
visual merchandisingperdagangan visualPentadbiran PerniagaanTiadaAktiviti penjualan produk atau perkhidmatan dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuan perdagangan visual adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut.
tax allowanceelaun cukaiEkonomiTiadaElaun yang diberi kepada pembayar cukai supaya sejumlah pendapatan larasannya dikecualikan daripada cukai. Misalnya, elaun cukai pelaburan yang diberi kepada syarikat yang mengeluarkan keluaran yang digalakkan, atau kegiatan lain yang digalakkan. Semasa pengiraan cukai pada tahun taksiran, syarikat ini dibenarkan menolak elaun cukai daripada pendapatan larasan supaya pengecualian cukai diperoleh.
stetkekalkan-TiadaArahan supaya aksara, frasa atau teks yang asal dikekalkan setelah dipinda atau dipotong.
epic theatreteater epikKesusasteraanTiadaTeater yang berpusat pada konsep pengasingan. Konsep ini merujuk kepada suatu kaedah yang mempengaruhi penonton supaya mereka menyaksikan persembahan secara kritikal dan tidak pasif. Penonton perlu dimaklumkan bahawa persembahan yang disaksikan di pentas bukanlah keadaan yang sebenar tetapi hanya suatu lakonan. Justeru, penonton didedahkan dengan suatu mekanisme persembahan dengan menyelitkan lagu atau penceritaan antara adegan supaya mereka tidak terlali ke dalam ilusi teater. Bentuk teater ini diperkenalkan oleh Erwin Piscator (1893-1960) yang mewujudkan teori persembahan teater epik dengan kumpulan, Piscator Theatre. Namun bentuk teater ini lebih dikaitkan dengan Bertolt Brecht (1898-1956).
breakpisahkan-TiadaArahan dalam pruf supaya teks dimulakan dengan baris baharu.
objectivismobjektivismeKesusasteraanTiadaGerakan yang mencadangkan supaya puisi dilihat sebagai objek seni yang tidak ada kaitan dengan pertimbangan teori, konteks sejarah, dan niat pengarang. Menurut pandangan gerakan ini, semua objek sepatutnya dipilihk kerana objek itu sendiri tanpa campur tangan atau komen pengarang. Gerakan yang didukung oleh W. Carlos Williams ini popular di Amerika pada tahun 1930-an namun tidak kekal lama. Contohnya, sajak karya W.C. Williams yang berjudul The Red Wheel Barrow hanya menampilkn nilai estetika objek tanpa komen penyair.
abreactionabreaksiPerubatanPsikiatriPsikoanalisis yang digunakan supaya pesakit meluahkan perasaannya berhubung dengan pengalaman buruk yang terpendam.
12345678910...

Kembali ke atas