supernova | supernova | Matematik | Tiada | Nova yang teramat cerah dengan magnitud mutlaknya boleh mencapai -17 apabila maksimum. Nova ini dikelaskan kepada dua kumpulan: jenis I yang maksimum magnitud mutlak minnya sebanyak -14.3 dan jenis II yang purata magnitud mutlak minya sebanyak -12.2 apabila maksimum. |
supernova remnant | remah supernova | Matematik | Tiada | Lapisan gas dan debu daripada letupan supernova yang terlecit ke kawasan sekitarnya dengan kelajuan yang amat tinggi. |
S Andromedae | S Andromedae | Matematik | Tiada | Supernova di dalam galaksi Andromeda yang telah dicerap pada tahun 1885. |
veil nebula | nebula selubung | Matematik | Tiada | Nebula dalam buruj Cygnus yang berupa serpihan besar supernova yang berlaku 30 000 tahun yang lalu. |
crab pulsar | pulsar ketam | Matematik | Tiada | Nebula dalam galaksi kita yang berada kira-kira satu darjah ke barat laut bintang Alpha Jauri dan dipercayai sebagai saki-baki supernova yang dicerapi pada tahun 1054. |
Crab Nebula | Nebula Ketam | Matematik | Tiada | Nebula dalam galaksi kita yang berada kira-kira satu darjah ke barat laut bintang Alpha Jauri dan dipercayai sebagai saki-baki supernova yang dicerapi pada tahun 1054. Blade's star, crab pulsar. |
Baade's star | bintang Baade | Matematik | Tiada | Nebula dalam galaksi kita yang berada kira-kira satu darjah ke barat laut bintang Alpha jauri dan dipercayai sebagai saki-baki supernova yang dicerapi pada tahun 1054. Sinonim: Crab Nebula |
north galactic spur | susuh utara galaksi | Matematik | Tiada | Tembereng gelang gas besar yang paling menonjol memancar keluar dari satah galaksi. Petala gas raksasa ini dipercayai terdiri daripada saki-baki supernova. |
gamma-ray bursts | letusan sinar gama | Matematik | Tiada | Kilat sinar-X keras atau sinar gama yang kuat yang menghasilkan tenaga yang tinggi hingga satu juta elektronvolt. Letusan ini telah dikesani berlaku di dalam saki-baki supernova N49 di dalam Awan Magellan. |
gravitation radiation | sinaran graviti | Matematik | Tiada | , yang terhasil apabila jasad padat dipecutkan ataupun diganggu. Gangguan ini merupakan riak dalam lengkung masa-ruang yang bergerak pada kelajuan cahaya, dengan julat frekuensi yang besar, dan membawa bersama tenaga dari punca. Kewujudan gelombang seperti ini belum lagi dapat dipastikan secara muktamad, tetapi jika wujud, sudah tentu masa letupan supernova atau dalam aktiviti tenaga di dalam teras galaksi aktif yang berkaitan dengan lubang hitam. |