Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : surat yg menyatakan bahawa pemegangnya diberi izin atau kebenaran utk melakukan (memiliki) sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
import licenselesen importHerbaPeraturan dan PemasaranSurat kebenaran untuk mengimport produk berdaftar. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), mana-mana syarikat yang ingin mengimport produk berdaftar perlu mempunyai lesen import yang sah dan diperbaharui secara tahunan.
poisons licencelesen racunHerbaPeraturan dan PemasaranSurat kebenaran yang dikeluarkan di bawah Akta Racun 1952. Terdapat empat jenis lesen, iaitu A, B, D dan E. Lesen racun membolehkan pemegang lesen untuk mengimport dan menjual secara borong dan/atau runcit semua racun yang disenaraikan dalam Akta Racun 1952.
wholesaler’s licenselesen pemborongHerbaPeraturan dan PemasaranSurat kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada syarikat yang menjalankan aktiviti jual beli secara borong. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), lesen pemborong bagi produk berdaftar dikeluarkan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Farmasi kepada syarikat khusus untuk sesuatu premis.
combination packpek gabunganHerbaPeraturan dan PemasaranDua atau lebih produk herba yang dibungkus bersama-sama untuk dipasarkan. Produk-produk ini terdiri daripada produk berdaftar dan perlu didaftarkan semula sebagai produk tunggal yang dikelaskan sebagai pek gabungan. Sekiranya suatu produk pek gabungan terdiri daripada produk berdaftar yang dimiliki oleh pemilik yang berbeza, surat kebenaran daripada pemilik setiap produk tersebut perlu diserahkan untuk pendaftaran berserta dengan butiran produk, iaitu nama produk dan nombor pendaftaran produk.

Kembali ke atas