Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ru.han.ja.ya] | سوروهنجاي

Definisi : badan yg terdiri drpd beberapa orang (yg dilantik oleh kerajaan dll) utk melakukan tugas tertentu; ~ bebas badan yg ditubuhkan oleh kerajaan atau Parlimen yg dianggotai oleh orang yg bukan pegawai kerajaan; S~ Diraja badan yg ditubuhkan dgn perkenan Yang di-Pertuan Agong utk menyiasat sesuatu perkara, peristiwa dsb secara bebas tanpa pengaruh pihak atasan; S~ Perkhidmatan Awam badan yg bertanggungjawab dlm urusan pengambilan, kenaikan pangkat dsb utk kakitangan kerajaan; S~ Perkhidmatan Pendidikan badan yg ber­tanggungjawab dlm urusan pengambilan, kenaikan pangkat dsb utk pegawai pendidikan; S~ Pilihan Raya badan yg mentadbirkan pilihan raya; S~ Sekuriti (Eko) badan ber­kanun yg mengawasi pertumbuhan dan perjalanan pasaran modal di Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ru.han.ja.ya] | سوروهنجاي

Definisi : badan yg terdiri drpd beberapa orang yg dilantik oleh kerajaan dll utk melakukan tugas-tugas tertentu: ~ Perkhidmatan Awam. ~ Bebas suruhanjaya yg ditubuhkan oleh kerajaan atau Parlimen yg dianggotai oleh orang yg bukan pegawai kerajaan. ~ Diraja suruhanjaya yg ditubuhkan dgn perkenan Yang di-Pertuan Agong utk menyiasat sesuatu perkara, per­istiwa dsb secara bebas tanpa pengaruh pihak atasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suruhanjaya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
International Law Commission (ILC))Suruhanjaya Undang-Undang AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaSuruhanjaya yang ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB untuk melakukan kajian dan cadangan dalam pembangunan dan pengekodan undang-undang antarabangsa. Suruhanjaya ini mula melakukan kerja berkenaan pembangunan undangundang antarabangsa pada tahun 1949. Suruhanjaya tersebut mempunyai 34 anggota yang terdiri daripada pakar undangundang, mewakili pelbagai sistem perundangan utama dunia. Keanggotaan asal suruhanjaya ini terdiri daripada pakar undang-undang yang terkenal seperti Sir Benegal Rau dari India, James L. Brierly dari United Kingdom, Manley O. Hudson dari Amerika Syarikat, V.M Koretsky dari USSR, dan George Schelle dari Perancis. Walaupun suruhanjaya ini mengambil masa yang lama kerana melalui proses yang panjang dan rumit dalam pembentukan undang-undang, namun suruhanjaya tersebut telah berjaya mengadakan kajian yang menghasilkan beberapa konvensyen. Antara konvensyen yang telah diadakan ialah Konvensyen Undang-Undang Laut, Konvensyen
International Law Commission (ILC)Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa (ILC)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaSuruhanjaya yang dianggotai oleh pakar undang-undang antarabangsa yang dipilih oleh Perhimpunan Agung PBB, mewakili pelbagai sistem perundangan utama dunia. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengkodifikasikan undangundang adat antarabangsa dan menggalakkan perkembangan mula melakukan tugas-tugasnya berhubung pembangunan undang-undang antarabangsa pada tahun 1949. Melalui aktiviti suruhanjaya ini, banyak draf perjanjian pelbagai pihak disediakan untuk dipersetujui oleh negara perunding. Walaupun suruhanjaya ini mengambil masa yang lama kerana melalui proses yang panjang dan rumit dalam pembentukan undang-undang, namun suruhanjaya ini telah berjaya mengadakan kajian yang menghasilkan beberapa buah konvensyen. Antaranya ialah Konvensyen Undangundang Laut PBB 1982 yang berkuat kuasa pada tahun 1994, Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik (1961) dan Konvensyen Vienna mengenai Undang-Undang Triti (1969).
Conciliation CommissionSuruhanjaya PendamaianSejarahTiadaSuruhanjaya yang dianggotai oleh beberapa orang terpilih yang ditugaskan untuk mencari jalan untuk mendamaikan antara dua pihak yang bermusuh biasanya selepas tamat perang.
Syariah Advisory Council (SAC)Majlis Penasihat SyariahEkonomiEkonomi IslamJawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti (SCA) 1993. Majlis ini diberi mandat untuk memastikan perjalanan pasaran modal Islam selaras dengan prinsip syariah dengan cara mengenal pasti dan menentukan kriteria syariah yang perlu dipenuhi oleh pasaran modal Islam. Majlis Penasihat Syariah juga memberi nasihat kepada pengamal kewangan Islam berhubung pembangunan pasaran modal Islam dan bertindak sebagai pusat rujukan dalam semua isu berkaitan pasaran modal Islam. Ahli majlis ini terdiri daripada ulama Islam dan pakar kewangan Islam.
Hoover CommissionSuruhanjaya HooverSains PolitikHubungan AntarabangsaBadan yang bebas daripada pengaruh parti politik. Anggotanya terdiri daripada pakar dalam bidang perniagaan dan ikhtisas, dan diketuai oleh bekas presiden Amerika Syarikat, Herbert C. Hoover. Suruhanjaya ini ditubuhkan pada tahun 1947 di bawah Undang-Undang Awam 162 (kongres ke-80) bertujuan untuk memeriksa dan menambah baik struktur dan praktis badan eksekutif kerajaan persekutuan Amerika Syarikat. Antara tahun 1949 � 1955, hampir sebahagian daripada saranan yang dikemukakan oleh pasukan petugas telah diterima pakai oleh pihak kerajaan.
parliamentary commissionsuruhanjaya parlimenPentadbiranPentadbiran Awam

Badan bebas yang dilantik khas untuk menyiasat atau mendapatkan maklumat terhadap sesuatu insiden, fenomena, isu, masalah atau kejadian yang melibatkan kepentingan negara atau orang ramai. Anggota badan ini terdiri dari ahli-ahli parlimen dan dilantik khas oleh parlimen. Hasil penyiasatan yang dibuat perlu dibentang dan disahkan oleh parlimen. Setelah selesai sesuatu kes, suruhanjaya ini akan dibubarkan.

Public Service CommissionSuruhanjaya Perkhidmatan AwamPentadbiranPentadbiran Awam

Sebuah badan khas yang ditubuhkan melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan hal-ehwal dan segala urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan awam. Badan ini adalah satu komponen kecil dalam struktur pentadbiran kerajaan yang berbeza daripada komponen kecil kerajaan yang lain. Perbezaan ini ketara dari segi kebebasan untuk menjalankan tugas. Bagi menjamin kebebasan badan ini, ahlinya dilantik khas oleh Yang di-Pertuan Agong atas pertimbangan dan nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pada asasnya badan ini berfungsi untuk mengkaji, merancang, membuat cadangan dan melaksanakan beberapa langkah ke arah penambahbaikan perkhidmatan awam. Justeru, kewujudan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dapat menjamin agar pengendalian yang adil dilaksanakan dalam pengambilan dan penentuan kerjaya kakitangannya.

delimitation of constituencypersempadanan bahagian pilihan rayaUndang-undangTiadaPengubahan yang dibuat dalam pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian-bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya.
commissionsuruhanjayaSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
Trade CommissionSuruhanjaya PerdaganganGeografiTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas