suspect | suspek | Kejururawatan | Tiada | Individu yang mempunyai sejarah perubatan dan simptom yang menunjukkan kemungkinan akan menghidapi sesuatu penyakit. |
GS | GS | Sains Forensik | Tiada | Genotip bagi suspek. GS merupakan simbol yang digunakan dalam pengiraan nisbah kebolehjadian dalam interpretasi bukti DNA. |
composite drawing | lukisan komposit | Sains Forensik | Tiada | Lakaran suspek yang dihasilkan daripada gambaran saksi. |
prosecution hypothesis | hipotesis pendakwaan | Sains Forensik | Tiada | Hipotesis yang mengandaikan bahawa suspek yang mempunyai profil DNA yang sepadan adalah pelaku jenayah. Hipotesis pendakwaan bercanggah dengan hipotesis pembelaan. Simbol HP. |
DNA databanks | bank data DNA | Sains Forensik | Tiada | Pangkalan data yang menyimpan profil DNA. Bank data DNA forensik terdiri daripada profil DNA daripada pelbagai golongan seperti banduan, suspek jenayah berat, penderma awam atau bahan DNA yang tidak diketahui pemiliknya. |
criminal profiling | pemprofilan jenayah | Sains Forensik | Tiada | Kaedah pemerhatian yang dilakukan di tempat kejadian jenayah dan corak jenayah tersebut untuk menentukan ciri-ciri pesalah. Kaedah ini dapat membantu pihak polis mengecilkan skop suspek yang dicari dan membolehkan pihak polis merancang strategi untuk soal siasat. |
lie detector | pengesan bohong | Psikologi | Psikologi Umum | Alat yang digunakan untuk mengesan perubahan dalam badan akibat perubahan emosi indvidu (khususnya perasaan bersalah akibat berbohong). Alat ini dikenali sebagai poligraf. Alat ini mengukur atau merekod perubahan dalam kadar jantung, tekanan darah, kadar pernafasan dan respons kulit atau perpeluhan. Semasa menggunakan poligraf, beberapa persoalan dikemukakan untuk mengukur aras respons dalam keadaan biasa. Selepas itu, beberapa soalan yang berkaitan dengan emosi akan ditanya secara berselang-seli untuk memastikan sama ada suspek bercakap benar atau sebaliknya. Kebolehpercayaan alat ini diragui kerana dalam keadaan tertentu mesin tersebut gagal membezakan antara orang yang bercakap benar atau tidak. Emosi suspek dalam kebanyakan kes sukar dikesan kerana tabiat atau pengalaman mereka yang boleh mengawal perasaan dengan baik. Kadangkala, orang yang tidak bersalah boleh dikatakan berbohong kerana perubahan yang dikesan oleh alat tersebut akibat rasa takut dan gemuruh ketika disoal dan bukannya kerana sebab berboh |
central dogma | dogma pusat | Sains Forensik | Tiada | Prinsip yang menyatakan bahawa aliran maklumat genetik bermula dari DNA ke RNA dan kemudiannya ke protein. Maklumat tersebut tidak boleh berpindah balik dari protein ke asid nukleik dan oleh itu menjadikan pemprofilan DNA sebagai bukti “padan” yang kuat antara suatu tompokan darah yang dijumpai dengan suspek. |
low copy number DNA | DNA bilangan salinan kecil | Sains Forensik | Tiada | Teknik pemprofilan DNA yang dibangunkan oleh Forensic Science Service, UK. Teknik ini sangat sensitif dan dapat menghasilkan profil DNA dengan hanya menggunakan amaun surihan yang biasanya hadir pada permukaan yang disentuh. Contohnya, DNA daripada hanya beberapa sel yang berada dalam kesan cap jari yang ditinggalkan pada permukaan cermin oleh seorang suspek. Singkatan DNA LCN. |