Rep | sulaman Rep | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kain yang diperbuat daripada sutera, bulu atau kapas. Rep ditenun dalam bentuk pintalan halus atau tetulang yang merentasi lebar fabrik. Kain sutera rep dijadikan pakaian formal, tali leher atau jubah. Bulu dan kapas pula ditenun untuk kegunaan upholsteri. Rep berasal daripada perkataan Perancis. |
silk road | jalan sutera | Pelancongan | Tiada | Laluan darat bersejarah dari Asia Timur ke Asia Barat yang menjadi daya tarikan pelancong. |
paisley | paisley | Kesenian | Hiasan Dalaman | Fabrik kapas, sutera atau bulu yang ditenun dengan corak berlingkar atau bercetak yang popular di Kashmir, India pada abad ke-19. Paisley mempunyai reka bentuk melengkung, yang diilhamkan daripada bentuk daun palma kecil. Contohnya, paisley Scotland yang bermutu tinggi. |
galloon | anyaman bingkai bucu | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kain hiasan yang berjalur sempit, diperbuat daripada sutera atau kain renda yang digunakan sebagai anyaman bersulam untuk perhiasan pada alat perabot rumah, tekstil, langsir, serta pakaian seragam tentera dan polis. |
tea bag | uncang teh | Herba | Tiada | Uncang kecil mengandungi daun teh yang dibuat daripada uncang kertas porus, sutera atau nilon yang dikedapkan untuk menyeduh dan menapis daun teh. Terdapat uncang yang mempunyai benang diikat di bahagian atas dengan label kertas bagi memudahkan uncang teh dikeluarkan dan mengenal pasti jenis teh. |
historic route | laluan sejarah | Pelancongan | Tiada | Perjalanan melalui tempat yang mempunyai ciri-ciri peninggalan sejarah, seperti Laluan Sutera di China. |
herbal tea bag | uncang teh herba | Herba | Tiada | Uncang kecil mengandungi daun herba yang diperbuat daripada uncang kertas porus, sutera atau nilon yang dikedapkan untuk menyeduh dan menapis daun herba. Terdapat uncang yang mempunyai benang diikat di bahagian atas dengan label kertas bagi memudahkan uncang teh herba dikeluarkan dan mengenal pasti jenis herba. Contohnya, uncang teh misai kucing, halia dan serai. |
amido | amido | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian amidohidrolase yang mempunyai radikal NH2 dan radikal CO. Bahan ini mudah dikesan melalui spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR). Amido digunakan dalam proses pencelupan kain sutera, bulu dan fiber buatan. |