Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.rat] | شرط

Definisi : 1. tuntutan (permintaan) yg mesti dipenuhi, jaminan, janji: jika orang yg meminang itu tidak dapat menunaikan tanda bertunang itu, maka segala ~-~ yg telah dipersetujui dahulu dibatalkan; 2. segala yg diperlukan (utk mencapai sesuatu yg di­maksudkan dll): ~ yg paling mustahak utk menamatkan perselisihan itu ialah kema­huan dan kesediaan utk berselesai; 3. ke­tentuan (rukun, peraturan, dll) yg mesti dipatuhi: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut ~-~ dan undang-undang yg diwajibkan atas seorang Islam? 4. bayaran (barang dll) yg perlu kpd guru silat (bomoh dll); ~ mutlak syarat yg tidak boleh tidak dipenuhi; bersyarat ada syaratnya, dgn syarat, (dgn) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sbg) syarat: dia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu; mensyaratkan menuntut (meminta) sbg syarat, mengenakan syarat, menjadikan (sbg) syarat: PBB telah ~ bahawa negara anggota yg tidak membayar hutang sampai tiga tahun dgn sendirinya akan gugur haknya utk mengundi; pensyaratan proses mengenakan syarat: pelbagai disiplin memerlukan ~ yg lain pd ciri sosiologi sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.rat] | شرط

Definisi : 1 apa-apa yg mesti dipatuhi utk mengesahkan sesuatu: Bagaimana engkau bersembahyang jika engkau tidak mengetahui ~-~ sembahyang? 2 segala sesuatu yg perlu atau yg harus ada utk mencapai sesuatu tujuan: ~-~ utk memohon jawatan itu ialah ijazah B.A. (Hons) serta berpengalaman lima tahun dlm bidang tsb dan berbadan sihat. bersyarat ada (syarat-)syaratnya: tidak ~ tidak dgn janji. mensyaratkan menjadikan sesuatu sbg syarat; mem­berikan (mengenakan) syarat: Kerajaan ~ supaya semua pengusaha mengambil pekerja dr segala kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarat (kata nama)
Bersinonim dengan tuntutan, permintaan, ketentuan, ketetapan;,
Kata Terbitan : bersyarat,

Peribahasa

Pahit dulu,
     manis kemudian.

Bermaksud :

Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
regulationperaturanSukanLumba BasikalSyarat-syarat pertandingan yang berkuat kuasa dalam sesuatu kejohanan.
reinsurance treatyteriti reinsuransinsuransTiadaKontrak reinsurans secara automatik yang menetapkan syarat-syarat dalam reinsurans bagi sesuatu kelas perniagaan.
riderriderinsuransTiadaLampiran kepada polisi yang mengubahsuaikan syarat polisi sama ada dengan meluas atau mengehadkan faedah atau mengecualikan sebahagian syarat-syarat perlindungan.
underwriterpengunderaitinsuransTiadaSeseorang yang dipertanggungjawabkan untuk memilih risiko insurans dan menentukan jumlah dan syarat-syarat yang perlu diterima oleh insurer bagi sesuatu risiko. Juga bermaksud insurer.
insurablility optionopsyen kebolehinsuransaninsuransTiadaKeadaan yang membolehkan perlindungan insurans hayat/kesihatan dilanjutkan kepada insured mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh insurer.
contract roombilik berkontrakPelanconganTiadaBilangan dan jenis bilik yang disewa dalam jangka masa panjang berdasarkan syarat-syarat perjanjian yang telah dipersetujui.
insurability optionopsyen kebolehinsuransanPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan yang membolehkan perlindungan insurans hayat/kesihatan dilanjutkan kepada insured mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh insurer.
annual renewal agreementperjanjian pembaharuan tahunaninsuransTiadaFasal yang syarikat insurans bersetuju untuk membaharui polisi yang dikeluarkan menurut syarat-syarat yang ditetapkan.
certificate of registrationsijil pendaftaranHerbaPeraturan dan PemasaranSijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk pendaftaran produk herba dengan syarat-syarat tertentu. Sijil ini perlu diperbaharui setiap lima tahun. Sijil pendaftaran ini mengandungi maklumat nama pemegang dan nombor pendaftaran produk. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) merupakan pihak berkuasa yang mengeluarkan sijil pendaftaran bagi produk herba.
indusrial all risk policypolisi semua risiko industriinsuransTiadaPolisi yang melindungi semua jenis peril selain daripada yang dikecualikan oleh syarat-syarat polisi.
123456789

Kembali ke atas