Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak berlaku curang, jujur, setia: Khalid ~ di bawah perintah ketua baru itu;ketaatsetiaan keadaan (tahap) taat setia: diskriminasi spt ini mempertikaikan ~ mereka sbg individu dan sbg kelompok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak berlaku curang; jujur dan setia: Aku bertuah mendapat isteri yg ~ sptmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taat (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan setia, patuh, akur, takwa, tawaduk, taslim, salih, pasrah, tunduk, tunak, patih;,
Kata Terbitan : mentaati, ketaatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
allegiancekesetiaanSains PolitikPolitik PerbandinganKepatuhan atau taat setia oleh rakyat, pengikut atau penyokong terhadap pemerintah, ketua atau pemimpin masyarakat. Nilai ini bertunjang kuat dalam masyarakat feudal. Kepatuhan atau taat setia ini lazimnya bersifat tidak berbelah bahagi seperti yang terdapat dalam amalan penaung-dinaung. Asas kepada kesetiaan ini ialah kepentingan yang dimiliki oleh kedua-dua pihak. Contohnya, nilai kesetiaan rakyat terhadap pemerintah atau sultan seperti yang digambarkan dalam Sejarah Melayu.
clienteleklientelSains PolitikPolitik PerbandinganSekelompok masyarakat yang memberi sokongan atau taat setia kepada seseorang atau organisasi tertentu. Sokongan yang diberi bersifat tidak berbelah bahagi dan mereka ini akan diberi ganjaran oleh pihak yang menerima. Konsep ini pada asalnya merujuk kepada sekelompok masyarakat atau individu yang memberi undi kepada seseorang atau sesebuah parti bagi satu tempoh tertentu yang membentuk pula satu jaringan hubungan sosial. Hubungan ini melibatkan sama ada dua atau tiga lapis kelompok. Kelompok yang pertama ialah kelompok yang memerlukan sokongan yang disebut sebagai ahli politik, kelompok yang kedua diklasifikasikan sebagai ejen klientel yang akan bertindak menghubungkan kelompok pertama dengan kelompok ketiga yang dikenali sebagai klientel. Klientel dalam hubungan ini akan menyerahkan sokongan mereka kepada ahli politik melalui rundingan yang dibuat dengan ejen klientel dan sebagai balasannya ahli politik akan memberi imbuhan yang berbentuk khusus seperti pemberian kontrak, perniagaan atau kemudahan tertentu, bergantung kepada rundingan yang dicapai antara dua atau tiga pihak tersebut. Dari sudut sosiologi, hubungan timbal balik ini tidak dilihat sebagai suatu yang berbentuk rasuah. Sinonim kumpulan pelanggan.
kabukikabukiKesusasteraanTiadaTeater tradisi Jepun yang merangkumi unsur muzik, tari, dan dialog. Teater ini dimulakan oleh Okuni, seorang penari perempuan Jepun pada tahun 1603. Hampir semua drama kabuki berbentuk melodrama. Setiap drama mengandungi beberapa episod dan apabila disambungkan episodnya menjadi suatu persembahan yang panjang. Drama kabuki boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, Jidaimono, iaitu cerita sejarah yang mengisahkan nilai tradisi Samurai. Kedua, Sewamono yang menceritakan tentang kaum pedagang. Kabuki menggunakan cara persembahan yang dilebih-lebihkan dan mencantumkan gaya deklamasi dengan gerak tarian. Peranan utama dalam kabuki dibahagikan kepada Tachiyaku, iaitu orang yang taat setia, Katakiyaku, orang yang jahat, Wakashukata, orang muda, Dokekata, pelawak yang baik dan yang jahat, dan Onnagata yang merupakan peranan perempuan yang dimainkan oleh lelaki. Chikamatsu Monzameon (1653-1724) merupakan dramatis kabuki yang terkenal dan beliau menulis antara 25 hingga 50 buah drama. Seorang lagi penulis drama kabuki yang terkenal ialah Takeda Izumo (1691-1756). Drama kabuki yang termasyhur ialah Chushingura.

Kembali ke atas