Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. budi pekerti, pekerti, perangai, watak: baginda tiadalah sekali-kali mendengarkan nasihat, kelakuan dia sahaja diperbuatnya, tambahan pula tiadalah sekali-kali menurut ~ ayahanda baginda dahulu; 2. perbuatan yg selalu dilakukan, kelakuan, tingkah laku: memang ~ku membaca dlm hati sahaja;bertabiat 1. berperangai, berkelakuan: me­nga­pa­kah dia ~ spt itu? 2. bersifat, beres­mi: spirogira ~ spt tumbuh-tumbuhan hijau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sifat batin seseorang yg mem­pengaruhi fikiran atau perbuat­annya; perangai; budi pekerti; watak: Tidak mungkin dia dpt mengubah ~nya yg buruk itu. 2 perbuatan yg selalu dilakukan; tingkah laku: Memang ~nya bangkit pagi-pagi setiap hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabiat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kelakuan, perangai, tingkah laku, perilaku, sifat, resmi, resam, watak, lagak, telatah, gelagat, perbuatan, gaya, cara, gerak-geri, tindak-tanduk;,
Kata Terbitan : bertabiat,

Peribahasa

Rebung tidak jauh dari rumpun.

Bermaksud :

Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hoarding disorderkecelaruan tabiat umpukanPsikologiTiadaKecenderungan individu yang mempunyai tabiat suka mengumpul barang secara berlebihan dan mengalami kesukaran untuk membuang barang-barang tersebut, tanpa mengambil kira sama ada barang tersebut tidak lagi bernilai atau telah sedia ada sebelum ini.
herbivoreherbivorPerikananAkuakulturTabiat pemakanan ikan yang memilih makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan sahaja. Contoh ikan yang bersifat herbivor ialah kap rumput.
omnivoreomnivorPerikananAkuakulturTabiat pemakanan ikan yang memilih makanan daripada campuran sumber haiwan dan tumbuhan. Contoh ikan omnivor ialah tilapia, patin dan udang.
algivorepemakan algaPerikananAkuakulturTabiat pemakanan ikan yang memilih makanan utama daripada sumber alga. Contoh ikan pemakan alga ialah gamat, landak laut dan dengkis.
bed rottingdekam katilUmumTiadaTabiat seseorang yang suka menghabiskan masa bersantai di atas katil pada siang hari.
guilty pleasurekegemaran memalukanUmumTiadaAktiviti, tabiat atau kegemaran yang membuatkan seseorang berasa malu atau bersalah untuk mengakuinya, kerana merasakan mereka akan dinilai oleh orang lain.
eating disordergangguan makanMakanan dan PemakananPemakananTabiat makan yang tidak normal dan tidak sihat. Contohnya, pemakanan yang tidak terkawal, puasa berpanjangan, makan terlalu banyak dan penyingkiran makanan dengan cara yang salah seperti muntah atau penyalahgunaan julap, diuretik atau enema.
stress eatingmakan nyahstresPsikologiTiadaTindakan atau tabiat makan atau makan berlebihan sebagai cara untuk melegakan tekanan atau keresahan, bukannya disebabkan oleh kelaparan.
emotional eatingmakan beremosiPsikologiTiadaTindakan atau tabiat makan atau makan berlebihan sebagai cara untuk melegakan tekanan atau keresahan, bukannya disebabkan oleh kelaparan.
generational end game (GEG)penamat generasi (GEG)Kesihatan AwamTiadaUsaha mewujudkan sebuah generasi baharu yang bebas daripada tabiat merokok dan menghisap vap.
12

Kembali ke atas