Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bi.Öi] | طبيعي

Definisi : Ar menurut sifat (keadaan, bentuk) kejadiannya; ilmu ~ ilmu fizik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bi.Öi] | طبيعي

Definisi : mengikut sifat (keadaan, pem­bawaan dll) yg asli atau yg semula jadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabii (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan sifat semula jadi, sifat alamiah.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
natural zoningpengezonan tabiiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
natural nanoscale sensorsensor nanoskala semula jadiFizikNanoteknologiPenderia tabii dalam nanoskala atau pada paras molekul yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan yang berinteraksi, mengesan atau mengecam rangsangan dengan kepekaan yang tinggi. Contohnya, sensor molekul tertentu yang terdapat pada bunga atau daun akan berinteraksi apabila terdapat tenaga cahaya dan akan bergerak ke arah tertentu bagi mendapatkan cahaya yang lebih tinggi. Termasuk juga ikan yang mempunyai garis lateral untuk mengesan perubahan bunyi dan tekanan.
artificial photosynthesisfotosintesis buatanFizikNanoteknologiProses yang dilakukan oleh manusia dalam usaha meniru proses tabii fotosintesis bagi mensintesis karbohidrat daripada gas karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif daripada sinaran matahari. Terdapat beberapa pendekatan untuk menghasilkan fotosintesis buatan, salah satunya ialah sel suria elektrokimia yang menggunakan bahan semikonduktor TiO2 berstruktur nanozarah atau nanorod sebagai fotoanod.
nanosciencenanosainsFizikNanoteknologiSubbidang sains yang mengkaji fenomena yang berkaitan dengan struktur atau bahan berskala nanometer. Struktur nanometer telah wujud secara tabii seperti DNA dan permukaan sayap kupu-kupu, atau yang dihasilkan secara teknologi seperti nanotiub karbon dan nanozarah.
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK)Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK)Teknologi Maklumate-PembelajaranSatu kerangka kerja yang menunjukkan tiga (3) pengetahuan persilangan tabii yang perlu dikuasai oleh seseorang pengajar bagi mencapai pengajaran yang berkesan. TPACK terbentuk hasil daripada persilangan tiga (3) pengetahuan, iaitu pengetahuan teknologi (TK), pengetahuan pedadogi (PK) dan pengetahuan kandungan (CK). Selain itu, terdapat terbitan tiga (3) pengetahuan persilangan, iaitu pengetahuan teknologi pedadogi (TPK), pengetahuan teknologi kandungan (TCK), pengetahuan pedagogi kandungan (PCK).
zeolite catalysispemangkinan zeolitFizikNanoteknologiProses tindak balas kimia menggunakan sifat nanostruktur bahan zeolit sebagai pemangkin. Hablur pepejal zeolit ialah galian aluminosilikat yang diperoleh secara tabii dan mempunyai liang halus dengan saiz liang kurang daripada 2 nm. Dalam suatu tindak balas kimia, zeolit mengurung molekul yang bertindak balas dalam rongga halus, menyebabkan struktur dan kereaktifan molekul tersebut berubah. Zeolit biasanya digunakan sebagai pemangkin dalam industri petrokimia.
nuclear magnetic resonanceresonans magnet nukelusKimiaKimia AnalisisKaedah analisis spektroskopi yang berdasarkan penyerapan tenaga sinaran frekuensi radio oleh nukleus dalam medan magnet. Penyerapan tenaga ini boleh dikaitkan dengan tabii dwikutub magnet nukleus itu. Ia digunakan dalam penentuan struktur sesuatu sebatian.
tissue repairpembaikan tisuFizikNanoteknologiProses membaiki sendiri tisu kulit atau organ lain apabila berlaku kecederaan. Pada umumnya proses ini dibahagikan kepada empat tahap, iaitu pendarahan, keradangan, percambahan dan pembentukan semula. Nanoteknologi digunakan untuk membantu membaiki semula tisu secara tabii. Contohnya, bahan sintetik bioserasi dengan lompang bersaiz nano digunakan sebagai acuan untuk membentuk semula tisu dan pada masa yang sama membekalkan bahan kimia untuk membantu proses pembaikan.
alaninealaninaFizikNanoteknologiAsid amino berhablur dengan formula kimianya, C3H7NO2. Alanina merupakan salah satu komponen dalam pembentukan nanowayar berganda DNA. Terdapat dua jenis alanina, iaitu ?-alanina dan ?-alanina. ?-alanina merupakan juzuk kebanyakan protein, terutamanya protein haiwan. ?-alanina tidak terdapat dalam protein, tetapi wujud secara tabii dalam dua peptida, iaitu karnosina dan ansarina yang terdapat dalam otot mamalia.
skin creamkrim kulitFizikNanoteknologiCecair pekat yang disapu pada lapisan luar kulit (epidermis) untuk melembapkan kulit, melindungi kesan terbakar akibat terik matahari, mencegah proses penuaan atau untuk tujuan rawatan tertentu. Krim ini terdiri daripada campuran bahan kimia tertentu sama ada yang diperoleh secara tabii atau sintetik. Bagi penggunaan yang lebih berkesan, krim ini disediakan menggunakan kaedah nanoteknologi, iaitu beberapa bahan kimia dikapsulkan dalam sfera kaca atau gel bersaiz nanometer.
12

Kembali ke atas