mashrabiya screen | tabir mashrabiya | Kesenian | Tiada | Tabir kayu bermotifkan seni bina Timur Tengah sebagai tabir tingkap atau pembahagi ruang. |
iron curtain | tabir besi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sempadan yang memisahkan wilayah tertentu berasaskan perbezaan ideologi, politik, ekonomi atau kebudayaan. Tabir besi dibina untuk melarang sebarang interaksi antara penduduk dari dua wilayah yang bertentangan. Dalam realiti, tirai besi ini pernah dibina di Berlin pada tahun 1961 apabila ia memisahkan rakyat timur Berlin yang berada di bawah pemerintahan komunis dan barat Berlin yang berada di bawah pemerintah demokrasi. Penduduk timur Berlin tidak dibenarkan melakukan sebarang bentuk interaksi atau menyeberangi barat Berlin. Tabir ini dirobohkan kesan daripada tuntutan demokrasi yang memuncak pada tahun 1989. Sinonim tirai besi. |
kelir | kelir | Kesusasteraan | Tiada | Tabir atau tirai dalam persembahan wayang kulit. Di atas tabir, di tayangkan patung untuk menghasilkan bayangannya. Kelir ialah ruang lakonan yang dapat disamakan dengan pentas dalam persembahan drama, tempat patung keluar masuk dari tepi, atas, dan bawah. Kelir juga membawa makna simbolik. Dalam wayang kulit Siam, dalang menganggap kelir sebagai dinding alam, tempat patung menjelma sebagai watak hidup. |
curtain walling | dinding tabir | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
curtain walling | dinding tabir | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
iron curtain | tirai besi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat tabir besi. |
mass spectrum | spektrum jisim | Kimia | Kimia Analisis | Jalur atau garis di atas kertas atau tabir yang menunjukkan jisim spesies yang berbeza, hasil daripada pemecahan dan pemisahan oleh medan magnet atau elektrik. |
puppet regime | rejim boneka | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang memerintah berpandukan arahan pihak lain atau mengikut telunjuk kuasa luar yang sebenarnya menguasai kerajaan tersebut dari belakang tabir. Rejim ini memiliki imej yang boleh diterima orang ramai seperti terdiri daripada golongan tempatan, bumiputera, bersifat baik dan mempunyai keturunan pemerintah sebelum ini. Pemerintah ini diberi imbuhan atau kedudukan yang baik asalkan menurut arahan dan tidak boleh menjalankan sesuatu dasar atau melaksanakan sesuatu perintah yang bertentangan dengan kepentingan pihak luar tersebut. Hal ini bermakna, pemerintah boneka sebenarnya tidak bebas dan terpaksa mendengar arahan dan telunjuk kuasa luar. Rejim boneka ini diwujudkan untuk kepentingan golongan yang mempunyai kuasa tetapi tidak mahu kehadirannya disedari oleh orang ramai. Contohnya, kerajaan Pinochet di Chile pada tahun 1971 yang menjatuhkan Allende hasil daripada bantuan Amerika Syarikat. |
mass spectrometer | spektrometer jisim | Kimia | Kimia Analisis | Alat untuk memisahkan jalur ion bergantung kepada nisbah jisim terhadap cas. Pemisahan spesies dirakamkan secara elektrik dan dilihat di atas kertas atau tabir. |
dual-wavelength photometer | fotometer panjang gelombang duaan | Kimia | Kimia Analisis | Pengesan fotometri dalam teknik kromatografi turus cecair yang berdasarkan penyerapan cahaya ultralembayung oleh sebatian kimia. Dalam fotometer ini lampu raksa menyinari tabir yang disaluti separa dengan penukar fosfor yang bertindak sebagai sumber cahaya komposit, masing-masing dengan panjang gelombang berbeza iaitu 254 nm dan 280 nm dan terpecah kepada dua alur yang berlainan. Separa relatif pada 254 nm dan 280 nm digunakan sebagai asas kualitatif. |