Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tab.la] | تبلا

Definisi : (Muz) sj alat bunyi-bunyian yg berupa sepasang gendang kecil yg mempunyai satu muka dan dipalu dgn tangan, biasanya di­mainkan oleh orang India. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tab.la] | تبلا

Definisi : sj alat bunyi-bunyian yg berupa sepasang gendang kecil yg mempunyai satu muka dan dipalu dgn tangan, biasanya dimainkan oleh orang India. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tabla


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tablatablaMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Dram ini dimainkan secara berpasangan yang dikenali sebagai tabla dan baya. Kedua-dua dram ini mempunyai satu muka kulit yang ditiunkan. Tabla diperbuat daripada kayu dan berbentuk kon. Permukaan kulitnya dipu­kul dengan tangan kanan. Sementara baya biasanya diperbuat daripada logam dan berbentuk periuk. Permukaan kulitnya dipukul dengan tangan kiri. Kedua-dua dram ini diletakkan secara menegak di atas lantai berhadapan dengan pemain. Dram yang terdapat di India Utara ini menghasilkan rentak dalam muzik kla

tabla (In)tablaKesenianTiadaGendang.
bolbolMuzikTiada

Silibal nemonik bagi pukulan dram dalam muzik India. Contohnya, pukulan kombinasi dua biji dram tabla disebut dha dhin. Pukulan dram tabla di sebelah kanan disebut ta tin, sementara pukulan tabla kiri disebut ge ghe ki.

bayabayaMuzikTiada

Lihat tabla

khurdak (In)khurdakKesenianTiadaGendang kecil seakan tabla.
dangdutdangdutMuzikTiada

 Muzik popular di Indonesia yang dipengaruhi muzik pop Hindustani. Istilah dangdut merujuk kepada bunyi pukulan gendang pada bit keempat, iaitu dang dan pukulan pada bit pertama, iaitu dut. Di Malaysia, dangdut menggabungkan alat muzik India seperti tabla dan sitar dengan alat muzik Barat seperti gitar dan papan nada. Dangdut Malaysia berentak inang dengan gaya nyanyian pop Hindustani.

irama Malaysiairama MalaysiaMuzikTiada

 Genre muzik pop Melayu yang mencantumkan idiom pop Anglo-Amerika dengan elemen muzik Malaysia seperti rentak asli, inang, zapin dan masri. Genre muzik ini menggunakan alat tradisional seperti rebana, kompang, tabla, gambus, suling dan gendang. Contohnya, lagu Hijau oleh Zainal Abidin, Cindai oleh Siti Nurhaliza, dan Dikir Puteri oleh Noraniza Idris. Lihat juga muzik popular, world music.

popular musicmuzik popularMuzikTiada

 Muzik yang diketahui dan digemari ramai, dan disebarkan melalui media massa. Melodi, meter, harmoni, bentuk dan liriknya tidak kompleks dan berdasarkan idiom muzik pop Anglo-Amerika. Melodi mudah diingati dan gayanya biasa berubah mengikut cita rasa pendengar. Alat muzik Barat seperti gitar, pensintesis, dram dan alat muzik tempatan seperti gambus, tabla dan rebana digunakan dalam muzik popular Malaysia. Contohnya, lagu seperti Jerat Percintaan yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, Fantastik oleh KRU, Sinaran oleh Sheila Majid dan Sampaikan Salam oleh kumpulan Alleycats. Sinonim muzik pop.

Malay orchestraorkestra MelayuMuzikTiada

 Orkestra muzik popular pada abad ke-20 di Malaysia. Orkes­tra ini menggabungkan alat muzik Barat seperti piano, gitar, trompet, trombon, saksofon, klarinet, violin, dram dan marakas dengan alat muzik tempatan seperti tabla, rebana dan gambus. Orkestra Melayu mengiringi teater bangsawan, muzik popular dan tarian kabaret.

thumrithumriMuzikTiada

Genre vokal klasik ringan India Utara yang berasaskan teks romantik tentang Krishna. Thumri berasal dari Lucknow dan Benares di India Utara pada abad ke-19 dan diiringi alat har­monium, tambura, tabla dan sarangi. Melodi thumri menggunakan raga dan tala yang kurang kompleks daripada muzik klasik Hindustani yang lain dan improvisasi alap biasanya tidak diperkembang.

12

Kembali ke atas