Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.di] | تادي

Definisi : 1. tidak lama sebelum ini, baru sahaja, baru sebentar yg lalu: siapa yg datang ber­jum­pa dgn kamu ~? 2. terdahulu dr ini, yg dahulunya: kedaulatan Bahasa Kebangsaan dlm tahun 1967 kelak akan membuka peluang-peluang pekerjaan yg ~nya tertutup utk mereka; 3. yg telah (baru) lalu: malam ~; petang ~; 4. yg tersebut dahulu, yg baru sahaja disebut­kan: sebagaimana yg dinyatakan di atas ~ orang ini juga tidak mempunyai wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.di] | تادي

Definisi : 1 tidak lama sebelum ini; baru sebentar: ~ dia ada di sini bercakap-cakap dgn kami. 2 yg telah lalu: malam ~; petang ~. 3 yg tsb dahulu; yg baru disebut: Budak yg ~ pun tidak mempunyai kad pengenalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Malam tadi mimpikan bulan,
     Bulan kumimpi si bujur telur;
Malam tadi mimpikan tuan,
     Tuan kumimpi dikandung tidur.


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resolution of forcepeleraian dayaKejuruteraanTiadatadi.
white tipdaun putihBiologiPatologiPenyakit tadi yang disebabkan oleh virus dan mula diketahui di Amerika Latin. Gejala utamanya ialah belang putih pada duan, atau seluruh daun tersebut boleh menjadi putih. lih. hoja blanka.
geophysical prospectingpencarigalian geofizikKejuruteraanPetroleumKaedah pencarian bagi longgokan mineral, bijih atau hidrokarbon yang wujud dalam batuan atau di celah-celah lapisan batuan, berdasarkan konsep bahawa longgokan tadi mempunyai sifat-sifat fizikal yang berbeza daripada batuan di sekelilingnya. Longgokan itu dicari dengan cara mengesan anomali sifat fizikal yang ditunjukkan oleh longgokan berkenaan. Di antara parameter yang sering digunakan termasuklah keberintangan, kemagnetan, ketumpatan, kebezaupayaan elektrik dan halaju rambatan gelombang.
loudness levelaras kenyaringanKejuruteraanTiadaUkuran kekuatan bunyi, diungkapi oleh aras tekanan bunyi bagi nada tulen dengan frekuensi tertentu, yang ditanggapi oleh pendengar biasa, sebagai sama kuatnya dengan bunyi tadi.
pulse-time -modulated radiosonderadiosond termodulat denyut masaMeteorologiMeteorologi PerhubunganRadiosond yang menghantar maklumat meteorologi yang dideria dalam bentuk denyut berselang masa. Data meteorologi dinilai daripada selang di antara denyut-denyut tadi. Telemeter meteorologi yang pertama yang dicipta oleh Olland dalam tahun 1875 telah menggunakan prinsip ini.
compound microscopemikroskop majmukFizikOptikMikroskop yang menggunakan dua kanta atau sistem kanta. Kanta pertama membentuk imej yang diperbesarkan bagi sesuatu objek dan kanta kedua membesarkan imej yang dibentuk oleh kanta pertama tadi.
holonecrosisholonekrosisBiologiPatologiHipotesis yang mengatakan bahawa apabila ada gen perumah yang menentukan ketahanannya terhadap serangan sesuatu patogen, maka ada pula gen virulen patogen tersebut yang boleh berinterakasi secara khusus dengan gen tahan tadi. Hipotesis ini telah diutarakan oleh Floor (1942) berdasarkan kajiannya terhadap penyakit karat flaks (Linum usitassimum) yang disebabkan oleh Melampsora lini.
coil bindingjilidan pilinPerpustakaanTiadaBentuk jilidan yang terdiri daripada sebaris lubang-lubang kecil yang ditebuk pada setiap helaian dan helaian-helaian tersebut dihubungkan melalui dawai pilin berpintal yang dimasukkan melalui lubang-lubang kecil tadi.
Bouguer�s lawhukum BouguerFizikOptikPerubahan keamatan cahaya yang melalui suatu bahan penyerap dihubungkan dengan sebutan eksponen kepada ketebalan bahan penyerap itu dan pemalar yang bergantung pada bahan dan juga panjang gelombang cahaya tadi. Oleh yang demikian, jika Oo dan Ox masing-masing adalah keamatan awal dan keamatan cahaya selepas jarak x, maka, dengan ? adalah pemalar
resolution of vectorspeleraian vektorMekanikGunaanProses menggantikan vektor dengan dua atau tiga vektor lain yang mempunyai kesan tindakan yang sama seperti vektor asal. Vektor leraian itu dinamai ‘komponen’ bagi vektor asal. Vektor asal tadi pula dinamai ‘paduan’ bagi komponen yang berkenaan. Komponen-komponen vektor mempunyai magnitud dan hala yang berlainan daripada magnitud dan hala vektor paduan yang berpadanan. Peleraian vektor dicapai melalui hukum segi empat selari, konsinus arah ataupun hasil darab titik. Lihat juga hukum segi empat selari, kosinus arah, hasil darab bintik.
123

Kembali ke atas