Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.fa.kur] | تفکر

Definisi : Ar 1. renungan, perenungan; 2. perihal merenung memikirkan sesuatu; 3. pengheningan cipta; bertafakur 1. bermenung memikirkan se­suatu dgn sungguh-sungguh: Raja itu diam lalu tunduk ~ sejurus; 2. menumpukan sege­nap perhatian dan fikiran pd sesuatu, meng­heningkan cipta: semua orang ~ dua minit, kerana mengingatkan pahlawan-pahlawan kita yg telah gugur; mentafakurkan memikirkan (dgn sedalam-dalamnya); tafakuran sesuatu yg ditafakurkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.fa.kur] | تفکر

Definisi : hal atau perbuatan menumpu­kan perhatian dan fikiran kpd sesuatu. ber­tafakur menumpukan segenap per­­­hatian dan fikiran kpd sesuatu; meng­heningkan cipta: Semua yg hadir ~ selama dua minit kerana memperingati pahlawan-pahlawan kita yg telah gugur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tafakur (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan renungan, menungan, semadi, yoga, meditasi, kekhusyukan;,
Kata Terbitan : bertafakur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mixed metaphormetafora rancuKesusasteraanPuisiPenggunaan atau pencampuran dua ataupun lebih unsur metafora dalam sesuatu pemyataan di dalam sesuatu baris, rangkap atau sesebuah puisi. Suram malam yang terpendam di tafakur tidurmu menanti mentari titipan maya kupinta mimpi baktimu tiadakan rela menatang kehidupan berbunga hampa.

Kembali ke atas