familial dependency ratio | nisbah tanggungan keluarga | Gerontologi | Tiada | Nisbah kebolehdapatan sokongan generasi muda terhadap ibu bapa berdasarkan pengiraan yang berikut: (i) Jumlah individu yang berumur 80 tahun dan ke atas dibahagikan dengan jumlah individu yang berumur antara 60 tahun hingga 64 tahun. (ii) Jumlah individu |
Intermediate Nuclear Force Treaty | Perjanjian Nuklear Jarak Pertengahan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1987 untuk menghapuskan U.S. Pershing II milik Amerika Syarikat dan Soviet SS-20 Missiles milik Kesatuan Soviet. Pengharaman penggunaan kedua-dua senjata tersebut merupakan usaha yang dilakukan untuk menghapuskan senjata tertentu yang biasanya dimiliki oleh kuasa besar untuk mengelakkan perang nuklear. Sinonim INF. |
stellar populations | populasi najam | Matematik | Tiada | Pengelasan bintang kepada dua jenis, atau populasi, iaitu Populasi I dan Populasi II, yang diperkenalkan oleh W. Baade pada tahun 1944. |
Brest-Litwosk Peace Agreement) | Persetujuan Damai Brest-Litwosk | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persetujuan damai yang ditandatangani pada tahun 1918 di antara Rusia dengan negara Eropah Tengah, iaitu Austria- Hungary, Bulgaria dan Turki. Perjanjian ini dibuat ekoran tercetusnya revolusi di Rusia pada tahun 1917 yang memaksa Tzar Nicholas II turun takhta. Pihak komunis pimpinan Lenin dan Trotsky yang mengambil alih ingin memulihkan keamanan dan membuat persetujuan damai tersebut dengan negara Eropah Tengah. Dalam perjanjian ini, pihak Rusia memberikan konsesi wilayah dan kewangan kepada negara yang menyertai persetujuan damai ini. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dimansuhkan apabila satu lagi perjanjian dimeterai, iaitu Perjanjian Versailles. |
pedal pushers | seluar pit | Kesenian | Tiada | Seluar potong lurus paras bawah lutut, biasanya bermanset. Popular semasa Perang Dunia II. Dipakai ketika menunggang basikal dan diperkenalkan semula pada tahun 1980-an. |
ENIAC | ENIAC | Teknologi Maklumat | Tiada | Akronim bagi ‘Electronic Numerical Integrator and Computer’. Komputer ini direka bentuk dan dibina oleh Dr. John Mauchly dan J. Presper Eckert dari tahun 1943 hingga 1946 iaitu ketika Perang Dunia ke II di Moore School of the University of Pennsylvania. Komputer ini pada asalnya direka bentuk bagi mengautomasi jadual menembak dan pengeboman di bawah pengawasan Makmal Penyelidikan Ballistik (BRL). Kemudian ENIAC digunakan untuk meramal cuaca, mereka bentuk terowong angin dan sebagainya. ENIAC melakukan satu operasi penambahan dalam tempoh 200 mikrosaat, satu operasi pendaraban dalam masa 3 milisaat dan satu operasi pembahagian dalam masa 30 milisaat. |
ENIAC | ENIAC | Teknologi Maklumat | Tiada | Akronim bagi ‘Electronic Numerical Integrator and Computer’. Komputer ini direka bentuk dan dibina oleh Dr. John Mauchly dan J. Presper Eckert dari tahun 1943 hingga 1946 iaitu ketika Perang Dunia ke II di Moore School of the University of Pennsylvania. Komputer ini pada asalnya direka bentuk bagi mengautomasi jadual menembak dan pengeboman di bawah pengawasan Makmal Penyelidikan Ballistik (BRL). Kemudian ENIAC digunakan untuk meramal cuaca, mereka bentuk terowong angin dan sebagainya. ENIAC melakukan satu operasi penambahan dalam tempoh 200 mikrosaat, satu operasi pendaraban dalam masa 3 milisaat dan satu operasi pembahagian dalam masa 30 milisaat. |
Atlantic Charter | Piagam Atlantik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Piagam yang dipersetujui pada tahun 1941 hasil pertemuan antara pemimpin British, Winston Churchil dengan Presiden Amerika, Roosevelt. Piagam ini menggariskan asas politik kedua-dua buah negara. Prinsip piagam adalah seperti yang berikut: i. kedua-dua kuasa tidak bertujuan untuk memperluas wilayah masing-masing; ii. mereka tidak berniat untuk mengubah ruang wilayah yang tidak diingini oleh rakyat negara berkenaan; iii. mereka menghormati hak semua bangsa untuk menentukan bentuk pemerintahannya. Hak kedaulatan dan pemerintahan sendiri yang dirampas secara kekerasan harus dikembalikan semula kepada rakyat negara yang berkenaan; iv. mereka akan berikhtiar memajukan perhubungan baik antara semua bangsa, tanpa mengira negara besar atau kecil, bangsa yang kalah atau yang menang, dan juga akan berusaha memajukan perdagangan dan bahan mentah dunia atas dasar persamaan yang diperlukan bagi kemakmuran ekonomi; v. mereka akan berusaha memajukan kerjasama sepenuhnya bagi kesemua negara dalam bidang ekonomi, memper |
Berlin Congress | Kongres Berlin | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Kongres yang diadakan di Berlin pada tahun 1878, dihadiri oleh wakil tujuh negara, iaitu Jerman, Austria, British, Itali, Perancis, Rusia dan Empayar Uthmaniyah (Turki). Kongres ini diadakan bagi meninjau kembali syarat-syarat Perjanjian Damai San Stefano antara Rusia dengan Empayar Uthmaniyah (Turki) yang dimeterai pada tahun 1878. Perjanjian Damai San Stefano ditandatangani bagi menamatkan peperangan antara Rusia dengan Turki (1877�1878). Perjanjian ini dianggap berat sebelah dan merugikan Turki. Melalui perjanjian ini Bulgaria lahir sebagai negara baru dan pengaruh Rusia semakin meluas. Keadaan ini tidak disenangi oleh pihak British dan Austria. Ekoran perkembangan ini, Kongres Berlin dianjurkan dan dipengerusikan oleh Bismarck. Kongres Berlin membuat resolusi seperti yang berikut: i. Montenegro, Serbia dan Romania diiktiraf sebagai negara merdeka; ii. Bulgaria diletakkan di bawah pengaruh Turki; iii. Wilayah Rumelia Timur diletakkan di bawah autonomi Turki. Walau bagaimanapun, wilayah ini ditadbir oleh |
peg top skirt | skirt peg | Kesenian | Tiada | 1. Skirt asas yang berlisu pemadan atau berkedut pada bahagian pinggang dan menirus dari bahagian pinggul ke kelepet, popular pada tahun 1950-an dan 1960-an.,2. Skirt kedut pinggang dan menirus dari pinggul ke kelepet, popular ketika Perang Dunia II. |