Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi tidak; ~kan tidak akan, tidak mungĀ­kin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli ~ mboh ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak I

Puisi
 

Nasi tak dingin pinggan tak retak,
     Anak tekukur terbang ke mana;
Orang tak ingin hamba tak hendak,
     Orang tak tegur hamba tak tanya.


Lihat selanjutnya...(814)
Peribahasa

Kalau tak sir berdegak,
     sir melayang.

Bermaksud :

Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.

 

Lihat selanjutnya...(570)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unproductive labourburuh tak produktifEkonomiTiadaBuruh yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran barang-barang ketara. Mengikut Adam Smith, buruh tak produktif termasuk buruh yang terlibat dalam perkhidmatan seperti tentera, pekerja gereja, peguam, pelukis, kerani dan pentadbir. Pengelasan Adam Smith ini tidak berasas kerana perkhidmatan juga merupakan barang ekonomi dalam bentuk output tak ketara, tetapi mengikut pendapat mutakhir buruh yang terlibat dalam perkhidmatan dianggap buruh produktif.
partial rhymerima tak sempurnaKesusasteraanPuisiRima yang terbentuk tak sempurna di hnjung setiap baris sama ada dalam setiap rangkap ataupun keseluruhan sebuah puisi. Contohnya, pada rangkap empat puisi "Dua Penghijrahan" karya A.S. Amin di bawah. manusia mati dan hidup terasa panas seluruh daun maut berjalan lurus
indirect injectionpancitan tak langsungKejuruteraan AutomotifEnjinLihat suntikan tak langsung.
non-extracted formbentuk tak terekstrakHerbaPeraturan dan PemasaranBentuk tak terlarut sesuatu tumbuhan yang tertinggal (sisa) selepas proses pengekstrakan. Bahan ini ada kalanya digunakan dalam pembuatan produk herba.
unrooted phylogenyfilogeni tak berpuncaBioinformatikBioinformatik MolekulPepohon filogeni yang tidak mempunyai nod punca. Filogeni tak berpunca digunakan untuk menghasilkan filogeni berpunca menggunakan proses puncaan pepohon filogenetik. Banding filogeni berpunca.
folk poetrypuisi rakyatKesusasteraanTiadaPuisi yang disampaikan secara lisan. Puisi rakyat biasanya bersifat lirik, iaitu ungkapan puitis yang dapat digunakan untuk seni kata dalam lagu, cerita, ucapan, dan kegiatan harian. Puisi rakyat biasanya berbentuk pendek, bersukat dan berpola, amat terikat dengan keperluan bait, baris dan rima agar mudah dihafal dan diingati. Namun, terdapat juga bentuk berangkap yang lebih longgar strukturnya dan lebih panjang. Contoh bentuk pendek yang terikat ialah pantun, terutamanya pantuan dua kerat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata. Puisi lisan yang lebih panjang dan longgar ialah mantera, seloka, manakala ungkapan berirama seperti talibun, teromba, gurindam, dan perbilangan. Lihat juga mantera, talibun, teromba.
incomplete dominancedominan tak lengkapPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu bentuk pewarisan pertengahan bagi haiwan yang mempunyai alel dominan dan resesif (heterozigus). Dalam dominan tak lengkap, salah satu alel tidak akan memberikan kesan fenotip dengan menyingkirkan kesan alel yang kedua, tetapi kesan fenotip yang terhasil ialah percampuran kedua-dua alel tersebut.
ashabuHerbaTiadaBahan tak organik yang terhasil apabila bahan herba dipijarkan. Nilai kandungan abu adalah penting bagi menandakan tahap pengawalan dalam menyediakan bahan mentah herba. Dalam analisis kawalan kualiti herba, nilai ini ditentukan melalui kaedah penentuan abu total, abu tak larut asid, abu tersulfat dan abu larut air. Lihat abu total, abu tak larut asid, abu tersulfat dan abu larut air.
indirect injectionsuntikan tak langsungKejuruteraan AutomotifEnjinSistem yang bahan apinya disuntik ke dalam kebuk prapembakaran dan tercucuh terlebih dahulu sebelum memasuki kebuk pembakaran utama. Sinonim pancitan tak langsung Banding suntikan terus.
indirect taxcukai tak langsungEkonomiTiadaCukai yang dibayar dalam bentuk penambahan kepada barang dan perkhidmatan. Misalnya, cukai jualan, cukai eksais, cukai import, dan cukai eksport. Beban cukai tak langsung yang tujuan asalnya dikenakan kepada penjual barang, tetapi boleh dipindahkan kepada pembeli kerana kutipan cukai ini berasaskan barang yang dijual.
12345678910...

Kembali ke atas