Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ki/] | تاکيق

Definisi : takik toreh yg agak dalam pd pokok (kulit pokok dll), takuk, gubang: potongan itu tebal-tebal ~nya; takang-~ berbagai-bagai takik; bertakik-takik ada takiknya di beberapa tempat, bertakuk-takuk; menakik 1. melukai sesuatu dgn parang dll, membuat takik (dgn memarang dll), mena­kuk: pohon-pohon getah yg ditakik oleh pengganas dahulu masih baru kelihatan­nya; 2. menoreh kulit kayu utk mengambil getah, menyadap: ~ pokok getah; ~ darah di batu prb, Mn meminta pertolongan kpd orang yg tidak mampu; tertakik menakik atau ditakik dgn tidak sengaja: jika salah-salah ayun, kapak ter­gelincir sasaran dan betis pula yg ~; takikan 1. hasil drpd perbuatan menakik; 2. takuk yg dibuat utk memudahkan orang berpijak, takukan;penakikan 1. perbuatan (kerja) menakik (menakuk), penakukan; 2. perbuatan (kerja) menakik (menoreh, menyadap), penorehan, penyadapan; penakik 1. orang yg menakik (menakuk), penakuk; 2. orang yg menakik (menoreh), penoreh, penyadap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ki/] | تاکيق

Definisi : bekas luka yg tidak berapa dalam pd batang pokok; takuk kecil; gubang. menakik 1 membuat takik pd batang pokok; menakuk: Pengganas-pengganas komunis telah ~ batang-batang getah dlm usaha mereka hendak merosakkan ekonomi Malaya. 2 menoreh kulit kayu utk mengambil getahnya; menoreh; menyadap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takik (kata nama)
Bersinonim dengan takuk, toreh, tukik, rakuk, sufal, tokek, cangap, tubang ketak, gerat;,
Kata Terbitan : bertakik, menakik,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
simulated defectskecacatan simulasiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetakselanjaran yang dibina berdasarkan standard dan spesifikasi tertentu pada blok rujukan sebagai panduan semasa pemeriksaan ujian tanpa musnah (NDT) dalam menilai data ujian. Contohnya, blok rujukan yang mengandungi lubang gerudi sisi, lubang bawah mendatar, pemantul cakera dan takik digunakan oleh pengamal NDT untuk membuat perbandingan dengan ketakselanjaran yang ditemui dalam bahan bagi menentukan bahan itu boleh sama ada diterima atau ditolak.

Kembali ke atas