Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tak.so.no.mi] | تکسونومي

Definisi : kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dlm pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tak.so.no.mi] | تکسونومي

Definisi : ist kajian ttg prinsip, per­aturan, dan amalan dlm pengelasan organisma hidup berdasarkan per­samaan dan perbezaan sifat organisma itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taksonomi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Bloom's Digital TaxonomyTaksonomi Digital BloomTeknologi Maklumate-PembelajaranSatu model yang mengklasifikasikan pelbagai tahap kognisi manusia dalam aspek pemikiran, pembelajaran dan pemahaman bagi menangani aspek pengintegrasian teknologi digital ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Model ini memberikan panduan kepada pengajar mengenai cara menggunakan alat teknologi digital dalam memudah cara pengalaman pembelajaran dan pencapaian hasil pembelajaran. Taksonomi ini diadaptasikan daripada taksonomi Bloom pada tahun 2008.
operational taxonomic unit (OTU)unit operasi taksonomi (OTU)BioinformatikBioinformatik MolekulNod luaran pada pepohon filogenetik. Jujukan DNA dan protein dalam famili yang sama digunakan sebagai unit operasi taksonomi untuk mengelompokkan organisma melalui proses penjanaan pepohon filogenetik.
herbal classificationpengelasan herbaHerbaTiadaSistem pembahagian herba kepada kumpulan mengikut urutan abjad, taksonomi, morfologi, farmakologi atau terapeutik dan kimia atau biogenetik. Pembahagian mengikut abjad terdapat dalam dokumen farmakopeia, pembahagian mengikut taksonomi terdapat dalam buku farmakognosi, pembahagian morfologi terdapat dalam buku botani, pembahagian farmakologi atau terapeutik terdapat dalam buku perubatan herba dan pembahagian kimia atau biogenetik terdapat dalam buku fitokimia.
taxonomytaksonomiBioinformatikBioinformatik Molekul-
taxanomic classificationpengelasan taksonomiHerbaTiadaPengelasan herba mengikut sistem pengelasan botani yang menurut asal usul tumbuhan berdasarkan kelas, order, famili, genera dan spesies. Sistem ini menyediakan peraturan yang tepat dan teratur dan boleh digunakan untuk menyesuaikan sebarang herba dalam kumpulannya tanpa ragu-ragu. Walau bagaimanapun, sistem pengelasan ini tidak begitu popular.
hypothetical taxonomic unitunit taksonomi jangkaanBioinformatikBioinformatik MolekulLeluhur organisma yang diramalkan dan diwakilkan dalam bentuk nod dalaman.

Kembali ke atas