power play | permainan kuasa | Umum | Tiada | Taktik atau strategi yang digunakan oleh seseorang atau sekelompok orang untuk menunjukkan kuasa, pengaruh dan sumber yang dimiliki bagi mendapatkan kelebihan dalam sesuatu situasi. |
counter-terrorism | perangi keganasan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Strategi, teknik, tindakan, langkah, usaha, taktik, amalan atau inisiatif yang diambil oleh sesebuah negara, kerajaan, tentera dan penguat kuasa undang-undang dalam mengesan dan membanteras keganasan. Contohnya, penggubalan undang-undang yang bersifat pencegahan untuk mengawal selia aspek keganasan. Sinonim antikeganasan. |
coordinated inauthentic behavior (CIB) | kelakuan manipulatif selaras | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Taktik memanipulasikan pemikiran awam dengan menggunakan pelbagai akaun media sosial sama ada yang tulen, pendua dan palsu untuk menyebarkan maklumat yang salah merentasi platform media sosial. |
misprision | silap tanggap | Kesusasteraan | Tiada | Salah bacaan atau salah fahaman. Kesilapan ini sebenarnya taktik defensif yang diamalkan penyair apabila mencipta puisinya sebagai reaksi menentang kehebatan penciptaan puisi penyair yang terdahulu daripadanya. Langkah ini dianggap perlu dalam pembaharuan proses penciptaan karya, khususnya puisi. Justeru, pembaca digalakkan mengiterpretasikan puisi dengan cara ini. Istilah ini dicipta oleh Harold Bloom dalam bukunya bertajuk Anxiety of Influence. |
abutting consonants | konsonan bersebelahan | Sains Kesihatan | Tiada | Bunyi konsonen yang hadir bersebelahan, tetapi pada suku kata yang berlainan, seperti pada perkataan teksi, pasta, dan taktik. |