Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.kung] | تاکوڠ

Definisi : bekas air (makanan ayam, susu getah, dll), bak, bejana: ~ yg berisi air; bertakung tidak mengalir, tergenang, ter­sekat: segala tempat air ~ hendaklah di­tambak; menakung 1. membiarkan mengendap (minyak dsb), membeningkan atau meng­hening­kan sesuatu (dgn membiarkan tahinya, keladaknya, mendap): ~ minyak kelapa; 2. menyekat atau mengempang air dsb (supaya banyak terkumpul), menampung: air ini ditakung utk air minum penduduk; 3. mena­dah, menampung (air hujan dsb): aku takung air malam ini; tertakung 1. tidak mengalir (air, minyak, dsb), tersekat, terhenti: di sini, air ini ~; 2. sudah diendapkan, terendap; takungan 1. = penakung bekas utk mena­kung sesuatu, takung, bejana; ~ ais bekas yg berpetak-petak dsb yg diisi air utk dijadikan (dibuat) ais; 2. tempat utk menakung sesuatu, kolam; penakungan perbuatan (kerja dsb) menakung (air, minyak, dsb), penadahan, penampungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kung] | تاکوڠ

Definisi : , = takungan bekas utk me­nampung sesuatu (spt getah, ma­kanan ayam). bertakung tidak mengalir; tersekat; bergenang: Nyamuk biasanya bertelur di tempat air ~ dan di dlm paya. menakung 1 menyekat atau menadah air supaya banyak terkumpul; menampung: Sebuah tangki yg besar telah dibina utk ~ air hujan. 2 membiarkan mengendap (bkn minyak dll): ~ minyak kelapa; ~ getah. tertakung dlm keadaan tidak mengalir (bkn air, minyak dll). penakung 1 bekas utk menakung sesuatu; takung. 2 kolam tempat menakung air minuman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takung (kata nama)
Bersinonim dengan takungan, penakung, bak, bejana, tempayan, retot;,
Kata Terbitan : bertakung, menakung, penakungan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recycle scrap boxtakung sisa pulihKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBekas untuk mengisi cebisan logam yang masih boleh digunakan untuk membuat bahagian kecil badan kereta.
pan trapperangkap takungPertanian OrganikTanaman Makanan-
panpanciKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTakung minyak pelincir yang terdapat di bahagian bawah kereta.
crankcasekotak engkolKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTakung minyak pelincir yang terletak di bahagian bawah enjin.
condensate storage tank (CST)tangki penyimpanan pemeluwapanSains NuklearKejuruteraan ReaktorKomponen di dalam sistem pembekalan stim nuklear yang digunakan sebagai takung untuk menyimpan air yang terkumpul dari pemeluwap turbin stim.

Kembali ke atas