Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ku.ngan] | تاکوڠن

Definisi : 1. = penakung bekas utk mena­kung sesuatu, takung, bejana; 2. tempat utk menakung sesuatu, kolam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ku.ngan] | تاکوڠن

Definisi : bekas utk me­nampung sesuatu (spt getah, ma­kanan ayam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata takungan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mercury pool electrodeelektrod takungan raksaKimiaKimia AnalisisElektrod yang terdiri daripada takungan raksa dengan garis pusat yang sesuai. Ia menyerupai elektrod satah yang lain dan lebih peka daripada elektrod titisan raksa.
rooftop rainwater harvestingpenuaian air hujan bumbunganAlam SekitarTiadaKaedah mengumpulkan air hujan dari kawasan tadahan bumbung dan disimpan dalam takungan. Air hujan yang dituai dapat disimpan dalam takungan air bawah tanah dengan menggunakan teknik pengisian semula buatan untuk memenuhi keperluan isi rumah melalui penyimpanan di dalam tangki.
brake fluid reservoirtakungan bendalir brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBekas simpanan bendalir brek.
wet sump oil systemsistem minyak takungan basahKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pelinciran yang penakung minyaknya dipasang di bawah kotak engkol. Dalam sistem ini, minyak pelincir dipam dari penakung minyak. Selepas proses pelinciran, minyak tersebut mengalir kembali ke dalam penakung secara tarikan graviti.
dry sump oil systemsistem minyak takungan keringKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pelinciran yang penakung minyaknya dipasang di luar enjin. Dalam sistem ini, minyak pelincir dipam dari penakung minyak. Selepas proses pelinciran, minyak tersebut dipam kembali ke dalam penakung.
mercury electrodeelektrod raksaKimiaKimia AnalisisRaksa dalam bentuk takungan, titisan atau lapisan nipis yang digunakan sebagai elektrod misalnya dalam polarografi.
wateringpengairanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaProses memasukkan bahan kereta ke dalam takungan yang mengandungi larutan kimia untuk mengeluarkan kotoran dan minyak.
disease reservoirreservoir penyakitPerikananAkuakulturPersekitaran atau populasi organisma yang menjadi tempat takungan patogen ikan hidup dan membiak secara semula jadi. Contoh reservoir penyakit ikan ialah air, tanah, serangga air, siput dan burung.
oil pan/sumppenakung minyakKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian bawah enjin pada kotak engkol yang berfungsi sebagai takungan minyak pelincir.
lacustrinelakustrinSains MarinTiadaSistem tanah lembap pedalaman dan habitat dalam air yang berkaitan dengan tasik dan takungan air tawar yang dicirikan oleh ketiadaan pokok, pokok renek dan tumbuh-tumbuhan baharu.
12

Kembali ke atas