Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tali;

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putuslah tali tali tiada;
Lemah lembut membawa diri,
     Putuslah hati adik penanda.


Lihat selanjutnya...(93)
Peribahasa

Putus timba tinggal tali,
     putus tali tinggal timba.

Bermaksud :

Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fan belttali sawat kipasKejuruteraan AutomotifEnjinTali atau set tali yang menghubungkan takal aci engkol dengan kipas enjin, pam air dan pengulang-alik serta peralatan aksesori lain seperti pemampat untuk sistem penyamanan udara kenderaan. Tali ini boleh didapati dalam bentuk V atau jenis polialur rata yang boleh lentur. Semasa enjin beroperasi, ketegangannya dikawal oleh penegang tali sawat untuk mengelakkan tali sawat supaya tidak tergelincir dari alur takal.
timing belttali sawat pemasaanKejuruteraan AutomotifEnjinTali sawat yang mempunyai gigi yang menghubungkan aci engkol yang memacu aci sesondol. Tali sawat ini menghubungkan kedua-dua aci melalui gear aci engkol dan gear aci sesondol. Tali sawat ini memutarkan aci sesondol pada arah yang sama dengan aci engkol pada nisbah kelajuan 1:2. Banding rantai pemasaan.
drive belttali sawat pacuanKejuruteraan AutomotifEnjinTali sawat yang fleksibel dan digunakan untuk menyambung- kan sebuah takal pada aci engkol sebagai pemacu kepada takal pam bahan pendingin dan takal aksesori. Terdapat dua jenis tali sawat asas, iaitu jenis polialur dan jenis V.
knotbuku kayu; simpul; buku; knot (unit)FarmasiTiada1. Keadaan saling melilit suatu struktur seperti tali atau bak tali yang membentuk suatu gumpal atau tombol.
fan belttali sawat kipasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTali sawat yang dipacu oleh aci engkol untuk memacu kipas pengulang-alik dan pam air.
serpentine belttali sawat serpentinKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTali sawat yang mempunyai alur berbilang yang diletakkan pada kapi alur berbilang untuk memacu pengulang-alik, stereng kuasa dan pemampat penyaman udara.
timing belttali sawat pemasaanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTali sawat bergigi yang dipacu oleh gegancu pada aci engkol untuk memacu gegancu pada aci sesondol bagi membuka rangkaian injap.
belt tensionketegangan tali sawatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKeregangan tali sawat pemacu.
timing belt pulleytakal tali sawat pemasaanKejuruteraan AutomotifTiadaSistem takal khusus yang mempunyai roda kecil dengan bahagian rim pengalur berbentuk V dan dipacu melalui tali sawat.
tensionerpenegangKejuruteraan AutomotifEnjinAlat yang digunakan untuk menghalang tali sawat atau rantai daripada teranjak, kendur mahupun terlucut dari takal atau gegancu. Alat ini akan mengenakan sedikit daya secara terus- menerus kepada bahagian luar tali sawat atau rantai tersebut. Daya ini dihasilkan daripada tindakan pegas atau tekanan hidraulik pada penegang tersebut.
12345

Kembali ke atas