vapour return line | talian balikan wap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Talian tiub yang mengalirkan gas atau wap yang bermula dari pam bahan api hingga ke tangki bahan api. Talian ini mem- benarkan wap bahan api yang terbentuk dalam pam untuk dikembalikan ke tangki bahan api. Proses pengembalian wap bahan api ini boleh mengelakkan berlakunya keadaan kunci wap. Sinonim talian wap. |
ad hoc | talian sementara | Komunikasi | Tiada | Talian perhubungan yang disediakan oleh pihak komunikasi secara sementara bagi tujuan siaran atau rancangan khas. Talian ini ditamatkan selepas penggunaannya selesai. |
infopreneur | infousahawan | Perniagaan | Tiada | Individu atau kumpulan yang menjalankan aktiviti perniagaan dengan cara menjual maklumat sama ada secara dalam talian atau luar talian, contohnya pemblog, penulis, perunding atau jurulatih. |
buff (online gaming) | buf (permainan dalam talian) | e-Sukan | Tiada | 1. Kuasa yang diperoleh pemain setelah bertempur dan mematikan sesuatu objek dalam permainan video dalam talian. 2. Kuasa yang ditentukan oleh pencipta permainan video dalam talian untuk meningkatkan kekuatan sesuatu karakter dalam permainan. |
hotline | talian penting | Komunikasi | Tiada | Perkhidmatan talian telefon yang utama dan disediakan khusus kepada orang ramai untuk tujuan tertentu, seperti hal-hal kecemasan atau sebarang urusan rasmi dengan jabatan-jabatan kerajaan. |
vapour lines | talian wap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat talian balikan wap. |
small private online course (SPOC) | kursus kecil tertutup dalam talian (SPOC) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kaedah kursus terbuka raya dalam talian (MOOC) versi kecil dengan model pelaksanaan berbeza dengan melibatkan kursus yang direka khas dan tertutup untuk sekumpulan kecil pelajar tertentu sahaja. Kaedah ini menjadikan pembelajaran lebih terkawal, mudah ditaksir dan dapat memastikan kadar tamat yang lebih baik. Lihat juga kursus terbuka raya dalam talian (MOOC). |
residual pressure line | talian tekanan baki | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Talian untuk mengekalkan tekanan dalam sistem hidraulik untuk sesetengah sistem brek gelendong dengan menggunakan injap sehala di dalam silinder induk. |
on-line prescription | preskripsi dalam talian | Sains Kesihatan | Tiada | Preskripsi yang dibuat melalui talian komputer. |
online course | kursus dalam talian | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kursus yang ditawarkan secara dalam talian. |