talibun | talibun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang bebas dan menggunakan bahasa berirama, biasanya melebihi empat baris dan tidak terikat dengan skema rima di hujungnya. Puisi ini mengandungi pemerian tema, adegan, dan babak yang biasanya terdapat cerita penglipur lara. Talibun merupakan formula atau frasa tetap yang diulang-ulang dalam konteks dan maksud yang sama dalam sesebuah cerita. Bahasa talibun tersusun dalam dalam bentuk yang tidak teratur, dan baris-barisnya berirama tetapi tidak mengandungi pola rima yang tertentu. Talibun dipenuhi dengan pernyataan kodi yang digunakan oleh penuturnya untuk membantu hafalan dan mengingat kembali. Bahasa talibun berirama dan berentak, menjadi selingan dan hiasan dalam cerita, dan terserlah keindahan bunyi dalam penyampaian lisan. Contoh ungkapan untuk memerikan babak atau tema menghadap adalah seperti yang berikut: Dari jauh menjunjung duli, Sudah dekat langsung menyembah, Terangkat kadam jari sepuluh, Kuncup bagai salur bakung, Jari bagai susun sirih. Talibun dikenali juga s |
talibun | talibun | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
kaba | kaba | Kesusasteraan | Tiada | Sastera lisan atau bertulis orang Minangkabau yang mungkin dapat dikategorikan sebagai genre roman lipur lara. Kaba biasanya merupakan roman sejarah atau didaktik yang bertujuan untuk memberikan pendidikan kerohanian. Unsur yang menjadi asas cerita kaba masih sama seperti lipur lara, iaitu percintaan dan pengembaraan. Kaba disampaikan dalam bahasa yang berbunga-bunga, diindahkan dengan pantun dan talibun. Kaba memperlihatkan pengaruh Islam yang ketara, namun unsur peribumi dan Hindu juga agak dominan. Kaba disampaikan oleh tukang kaba dengan iringan alat-alat bunyian dan diselang-selikan dengan tarian randai. Persembahan kaba biasanya mengiringi upacara adat setempat. Kaba yang tertua ialah kaba Cinduo Mato yang dianggap wujud sebelum tahun 1350. Contoh kaba yang lain ialah Sabai Nan Aluih, Rancak di Labueh dan Puti Nilam Cayo. Kaba berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud �khabar�. Lihat juga talibun. |
folk poetry | puisi rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang disampaikan secara lisan. Puisi rakyat biasanya bersifat lirik, iaitu ungkapan puitis yang dapat digunakan untuk seni kata dalam lagu, cerita, ucapan, dan kegiatan harian. Puisi rakyat biasanya berbentuk pendek, bersukat dan berpola, amat terikat dengan keperluan bait, baris dan rima agar mudah dihafal dan diingati. Namun, terdapat juga bentuk berangkap yang lebih longgar strukturnya dan lebih panjang. Contoh bentuk pendek yang terikat ialah pantun, terutamanya pantuan dua kerat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata. Puisi lisan yang lebih panjang dan longgar ialah mantera, seloka, manakala ungkapan berirama seperti talibun, teromba, gurindam, dan perbilangan. Lihat juga mantera, talibun, teromba. |