Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bertambah baik menjadi se­ma­kin baik; penambahbaikan perihal (proses, perbuat­an, tindakan dsb) menjadikan bertambah baik: laman web ini secara keseluruhannya masih lagi dlm proses ~ dan banyak lagi bahan atau maklumat akan dimasukkan dr semasa ke semasa; kualiti penerbitan masih terbuka luas utk dilakukan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; bertambah baik men­jadi semakin baik: Prestasi pelajaran­­nya ~. menambah baik menjadikan sesuatu lebih baik: Kerajaan akan ~ perkhidmatan yg sedia ada. pe­nambahbaikan perbuatan atau hal menambah baik sesuatu: Usaha ~ kemudahan asas akan dilaksanakan di kawasan itu. penambah baik sesuatu (bahan dsb) yg menambah baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
internal lubricantpelincir dalamanKejuruteraanPolimerBahan tambah yang dicampurkan ke dalam polimer bagi memudahkan pengaliran leburan seperti gliseril monosterat yang digunakan dengan polivinil klorida. Pelincir dalaman mempunyai keserasian yang lebih baik terhadap bahan polimer jika dibandingkan dengan pelincir luaran kerana ia berfungsi mengurangkan daya tarikan antara molekul polimer. Bdg. pelincir luaran.
neutral linkpautan neutralTeknikElektrikAlat tambah yang berfungsi sebagai penyambung terus antara dua titik litar elektrik. Alat ini membentuk sambungan secara skru bagi membolehkan litar tersebut diasingkan semasa kerja-kerja baik pulih. Misalnya, pautan neutral digunakan pada papan meter bekalan masuk ke rumah.
synergismsinergismeFarmasiFarmakologiTindakan bersama atau kerjasama antara dua atau lebih drug, otot dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang lebih besar dari basil tambah kesan setiap individu drug tersebut. Contohnya, pengambilan dua jenis antibiotik seperti penisilin dan aminoglikosida akan menghasilkan kesan rawatan yang lebih baik berbanding pengambilan antibiotik tersebut secara berasingan.
junk foodmakanan rapuMakanan dan PemakananTeknologi MakananMakanan yang kurang sesuai untuk kesihatan dan mempunyai satu atau lebih daripada ciri-ciri berikut: (i) Mempunyai sedikit atau tiada nilai pemakanan dan tidak berpadanan dengan nilai wang yang dibelanjakan; (ii) mengganggu cara amalan tradisional atau cara pemakanan yang baik dan boleh memberi kesan buruk atau keadaan malnutrisi; (iii) mengganggu kesihatan disebabkan kandungan garam, gula dan kanji yang tinggi dan sedikit serat; (iv) membahayakan kesihatan pengguna disebabkan mengandungi bahan kimia, bahan tambah, atau bahan awet. Contoh makanan rapu ialah makanan snek dan gam kunyah.

Kembali ke atas