Tamburin (G) | Tamburin | Kesenian | Tiada | Alat perkusi yang mempunyai kepingan logam nipis di bingkainya. Sinonim dengan istilah tambourine. |
tambourine | tamburin | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional dan moden yang diklasinkasikan sebagai membranofon jenis dram, dan idiofon jenis yang digoncang. Tamburin dimainkan dalam tradisi muzik klasik dan tradisi muzik rakyat di seluruh dunia. Baluhnya mempunyai bingkai sempit dan diperbuat daripada kayu dengan beberapa piring logam kecil yang disisipkan antara bahagian bingkai tersebut. Terdapat dua jenis tamburin, iaitu (i) jenis dram membranofon yang mempunyai satu muka kulit. Muka kulit dipasang pada bingkai dengan paku logam. Tamburin dipegang secara menegak dengan sebelah tangan dan bingkai atau muka kulitnya dipukul dengan tangan. Piring logam tersebut akan menghasilkan bunyi apabila dipukul. (ii) jenis idiofon yang digoncang. Tamburin ini berbingkai sempit dan piring logam dipasang pada bingkai tersebut. Alat muz |
tambourine | tamburin | Kesenian | Tiada | Alat perkusi yang mempunyai kepingan logam nipis di bingkainya. |
jikey | jikey | Kesusasteraan | Tiada | Teater rakyat yang dipersembahkan dengan rangkuman (gabungan) unsur muzik, tarian, dan dialog. Teater ini popular di Perlis dan Langkawi. Jikey mempersembahkan cerita tempatan seperti Mahsuri, Awang Kudis Buta, Batu Belah Batu Bertangkup, Naga kepala Tujuh, Bawang Putih Bawang Merah dan Pending Emas Pending Perak. Peralatan muzik jikey mengandungi violin, tamburin, tiga rebana pelbagai saiz, sebuah gong, dan lima pasang cerek yang diperbuat daripada kayu atau buluh. |
bolero | bolero | Muzik | Tiada | Tarian Sepanyol yang bertempo sederhana dan bermeter atau berirama. Bolero popular pada akhir abad ke-18 dan abad ke-19. Tarian ini ditarikan oleh seorang penari atau secara berpasangan. Penari diiringi penyanyi dan kastanet. Kadangkala gitar dan tamburin turut dimainkan. Tarian ini merupakan sejenis hiburan bagi masyarakat di Sepanyol. Tarian ini juga terdapat di Cuba.Tarian hiburan Cuba ini diiringi alat genderang seperti bongo, dram conga dan klaves. |