Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ukuran berat yg bersamaan dgn 2240 lb (1016.05 kg) di Britain dan 2000 lb (907.19 kg) di Amerika Syarikat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : satuan ukuran berat yg beratnya 2,240 paun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tan I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cubic tontan paduPerhutananTiadaUnit sukatan isi padu yang digunakan di Malaysia, yang bersamaan dengan 50 kaki pada kayu gergaji atau 50 kaki Hoppus kayu balak bulat. Untuk tujuan penggunaan dan pengangkutan, angka piawainya berbeza-beza bergantung pada persetujuan perbadanan setempat.
emission reduction unit (ERU)unit penurunan pelepasan (ERU)Teknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKuantiti pengurangan pelepasan gas rumah hijau yang dikeluarkan secara usaha sama di bawah terma Protokol Kyoto. Unit penurunan pelepasan dinyatakan dalam unit penurunan setara satu tan karbon dioksida (CO2).
carpet grassrumput paritVeterinarTiadaRumput tempatan yang tahan lasak dan membiak dengan menggunakan umbisi. Rumput ini hidup subur di kawasan tanah liat yang lembab dan boleh juga hidup di kawasan berpasir. Hasil bahan keringnya rendah iaitu 6-10 tan/hektar/tahun manakala kandungan protein kasarnya juga rendah iaitu 7-9%. Rumput ini disyorkan bagi sistem penternakan dengan input yang rendah sama ada di bawah naungan atau di kawasan yang kurang subur tanpa memerlukan pembajaan tambahan. Rumput ini ditanam menggunakan tompokan berakar dan lebih dikenali sebagai rumput hiasan halaman. Nama saintifik: Axonopus compressus.
estrangementpenganehanKesusasteraanTiadaStrategi penulisan untuk menjadikan sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Konsep ini dicipta oleh Victor Shklovsky daripada aliran Formalisme Rusia. Dalam eseinya �Art as Technique�, Chklovsky membincangkan bagaimana persepsi seseorang mengenai sesuatu objek atau keadaan menjadi automatik apabila perkara tersebut sudah lazim atau biasa dialami. Oleh itu, objektif sastera mencabar automasi dan kelaziman tersebut dengan mengembalikan sensasi seolah-olah pembaca pertama kali mengalaminya. Contohnya, sajak A. Ghafar Ibrahim berjudul �Tan Sri Bulan�. Beliau menganehkan objek layang-layang dengan menggambarkannya sebagai: Baju nipis dengan garang, menepis-nepis mengerang girang. Layang-layang merupakan suatu objek yang biasa dilihat sehinggakan kewujudannya tidak menghairankan lagi. A. Ghafar Ibrahim menganehkan layang-layang dengan menggambarkannya sebagai sehelai baju, dan beliau seterusnya mempersonifikasikan baju tersebut.
mimicrytiru bunyiKesusasteraanPuisiGaya penyair mengungkapkan perasaan bagi mencitrakan sesuatu, khususnya bunyi yang disebabkan oleh benda jatuh, pecah, bergeser, meletup atau bunyi daripada burung, alatan muzik dan sebagainya. Walau bagaimanapun bunyi yang dihasilkan dengan menggunakan wahana bahasa dalam sesebuah puisi itu hendaklah sama, lantaran terbatasnya keupayaan bahasa meniru sesuatu bunyi itu. A. Ghafar Ibrahim merupakan seorang penyair tanah air yang kerap meniru bunyi ini dalam puisi-puisinya terutama yang terkumpul dalam "Tak-tak-tun" dan "Tan Sri Bulan". Sinonim ajukan, onomatopia.

Kembali ke atas