estimated ceiling | siling teranggar | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Siling yang ketinggiannya ditentukan dengan salah satu cara yang berikut: i. dengan menggunakan gambar rajah ketinggian awan olakan atau rumus takat embun. ii. berdasarkan ketinggian mercu tanda atau objek yang jaraknya melebihi satu setengah batu nautikal dari landasan lapangan terbang. iii. berdasarkan pengalaman dengan syarat langit tidak dikaburi oleh hidrometeor dan litometeor apabila panduan-panduan lain didapati tidak mencukupi atau tidak sesuai, dan iv. dengan menggunakan silometer atau lampu sorot apabila penembusan alur cahaya melebihi normal untuk ketinggian dan jenis lapisan tertentu, atau apabila sudut dongakan atau pengimbas-pengesan silometer melebihi 84 darjah. |
minus | minus | Matematik | Tiada | Simbol - yang digunakan (i) sebagai tanda - (negatif) seperti -3, -A, atau (ii) untuk memberi pengertian yang kurang daripada kuantiti tertentu. Misalnya, 3 - membawa erti kuantiti yang kurang daripada 3. |
plus | plus | Matematik | Tiada | Simbol + yang digunakan (i) sebagai tanda + (positif) seperti + 3, + a atau (ii) untuk memberi pengertian yang melebihi kuantiti tertentu. Misalnya, B+ membawa erti kuantiti yang melebihi B. |
tin poisoning | keracunan timah | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada stanum (II) klorida (formula kimia, SnCl2), iaitu garam yang digunakan sebagai astringen, deodoran, dan antiseptik. Tanda utama keracunan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pedih dalam mulut dan kerongkong, rasa menjeluak, muntah, tenesmus, cirit berair atau berdarah, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik pad a kulit menyebabkan tindak balas eritematus, papular, dan granulomatus. Penemuan patologi tennasuk gastroenteritis berdarah dan kerosakan buah pinggang dan hati. Had pendedahan ialah 2 �g /L. |
debt based Islamic bond | bon Islam asas hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bon yang diterbitkan berasaskan prinsip hutang. Proses terbitan bon ini dilakukan seperti yang berikut: i. Pengeluar mengenal pasti aset. ii. Bank Islam membeli aset tersebut. iii. Aset dijual kepada pengeluar bon pada harga jualan. iv. Bon akan dikeluarkan bagi mendapatkan dana untuk tujuan pembelian. Pengeluar bon akan membayar secara berkala kepada pemegang bon. Contohnya, sijil pelaburan kerajaan dan bon tanda aras khazanah. |
ergot alkaloid | alkaloid ergot | Farmasi | Farmakologi | Satu daripada kumpulan besar alkaloid yang diperoleh daripada kulat biasa, Claviceps purpurea.Alkaloid jenis ini terdiri daripada tiga k:umpulan, iaitu: i. Alkaloid yang mengandungi asid amino. Contohnya, ergotamina; ii. Alkaloid yang mengandungi asid amino dehidrogenat. Contohnya, dehidroergotamina; iii. Alkaloid amina. Contohnya, ergonovina. Alkaloid ergot (terutamanya ergonovina) mempunyai kesan oksitosik, iaitu membantu mempercepat kelahiran bayi dengan merangsang pengecutan otot uterus. Kini,ergonovina digunakan dalam bidang obstetrik untuk merawat kelemahan otot rahim selepas bersalin, melengkapkan pengguguran yang tidak lengkap atau pengguguran terlepas. Keracunan alkaloid ergot boleh berlaku mlDlgkin disebabkan oleh penggunaannya yang berpanjangan, berlebihan atau pengambilan secara tidak sengaja bijirin yang tercemar. Kesan arteri koronari.Antara tanda ketoksikannya ialah dahaga, cirit-birit, pening, kadar pengecutan jantung yang tidak normal, mual dan muntah, kekejangan yang teruk serta sawan. |
stability condition for VLE | keadaan kestabilan VLE | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Sistem perduaan yang terdiri daripada cecair dan wap (sistem VLE) pada suhu malar T. Sistem tersebut stabil jika pecahan jisim atau mol pada fasa gas y dan fasa cecair x serta tekanan P mematuhi keadaan berikut: (i) dy1/dx1 > 0. (ii) dP/dx1, dP/dy1, dan y1 � x1 mempunyai tanda yang sama. |