consonant | konsonan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tanda bunyi konsonan |
diacritic | diakritik | Kesusasteraan | Tiada | Tanda bacaan tertentu yang terdapat pada bahagian atas atau bahagian bawah sesuatu huruf untuk menunjukkan cara sebenar bunyi sesuatu perkataan disebut. Tanda bacaan berkenaan penting apabila melibatkan aktiviti pertuturan lisan atau penggunaan bahasa berkenaan. Contohnya, diakritik tulisan Arab kepada tulisan Rumi. Dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, unsur diakritik sangat diperlukan dalam filologi, khususnya berkaitan dengan kerja transkripsi dan transliterasi teks Melayu Jawi (berasaskan abjad Arab) ke tulisan Rumi. Teks Melayu tradisional kaya dengan penggunaan bahasa daerah dan bahasa Arab. Transkripsi atau transliterasi sesuatu perkataan terutamanya bahasa daerah atau Arab halus dibuat dengan tepat agar bunyi asal sebutan perkataan berkenaan dapat dikekalkan. Lihat juga al-majdz al-�aqli� |
semiology semiotic | semiologi semiotik | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang tanda, pelahiran dan komunikasi, pengelompokan secara sistematik dalam bentuk bahasa dan kod, serta fungsi sosialnya. Tanda meliputi bahasa ujaran dan bukan ujaran. Bahasa ujaran seperti percakapan dan bunyi, manakala bukan ujaran seperti gerak badan dan kod budaya yang lain, iaitu makanan, pakaian, dan ritual. Kajian tanda dalam kesusasteraan adalah relevan kerana kesusasteraan menggunakan bahasa yang merupakan sistem tanda utama dalam kebudayaan manusia. |