bull horn | hendal tanduk | Sukan | Lumba Basikal | Hendal berbentuk tanduk lembu. |
arcing horn | tanduk pengarkaan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
inscription | prasasti | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan yang diukir di atas permukaan yang keras seperti batu, tanduk, dan gading. Contohnya, tulisan pada batu bersurat atau tulisan yang terdapat pada batu nisan, candi, tonggak bumi, dan menara. Prasasti diamalkan sebelum kertas digunakan sebagai bahan tulisan. Dalam budaya Melayu, prasasti biasanya menggunakan tulisan Pallara dalam bahasa Melayu kuno. Salah satu prasasti sastera yang diukir di atas tembaga ditemui dalam Hikayat Singa Menteri. |
phallocentrism | falosentrisme | Kesusasteraan | Tiada | Kecenderungan ke arah perspektif dan ideologi lelaki serta merendahkan atau menolak perspektif dan ideologi wanita. Contohnya, dalam novel D.H. Lawrence, suara dan tindak-tanduk watak wanita sering didominasi dan ditenggelamkan oleh suara dan tindakan watak lelaki. Falosentrisme sering digunakan dalam disiplin atau kritikan feminis dan dekonstruksi. Contoh terbaik mendedahkan falosentrisme ditemui dalam tulisan H�l�ne Cixous bertajuk The laugh of the Madusa yang mengkritik ciri-ciri falosentrisme dalam teori psikoanalisis Freud. Lihat juga dekonstruksi. |
male hormone | hormon jantan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Hormon seks yang dihasilkan oleh haiwan jantan di testis. Hormon seks ini dikenali sebagai testosteron. Hormon jantan ini berperanan menggalakkan perkembangan ciri seksual jantan serta merangsang aktiviti sekunder jantan seperti pembentukan otot, pertumbuhan tanduk atau pembentukan kelenjar bau. |
counterplot | plot sampingan | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita dalam sesebuah karya yang lebih rendah tarafnya daripada plot utama. Jalan cerita menyentuh persoalan tema dan aksi pokok dalam naratif, drama atau teater. Plot sampingan boleh bersifat bertentangan dengan plot utama, tetapi berkaitan dengannya. Tujuan plot sampingan adalah untuk memperhebat atau menyerlahkan plot utama. Tindak tanduk antagonis yang berlawanan dengan watak utama boleh juga diperikan sebagai plot sampingan. Plot sampingan dikenali juga sebagai subplot. Lihat juga plot, struktur dramatik. |
additive gene action | tindakan gen tambah | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Interaksi alel ialah setiap dua alel yang menyumbang dengan sama rata kepada penghasilan fenotip kualitatif. Tindakan gen tambahan ini berlaku dalam keadaan dominan tidak wujud dan menghasilkan heterozigot yang pertengahan pada fenotip. Contoh fenotip kualitatif pada lembu termasuklah jenis darah, warna bulu, ada atau tiada tanduk dan kekerdilan. |