school responsibility | tanggung jawab sekolah | Pendidikan | Tiada | Tiada |
scope of responsibility | bidang tanggung jawab | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
theory of responsibility | teori tanggung jawab | Sosiologi | Tiada | Tiada |
passing the buck | elak tanggung jawab | Psikologi | Tiada | Tiada |
administrative rule | peraturan pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah pengurusan pentadbiran sesebuah organisasi yang teratur dan lengkap bagi menyempurnakan sesuatu tugas dan tanggung jawab kakitangan dalam organisasi. Biasanya peraturan ini melibatkan undang-undang atau prosedur tertentu seperti Perintah Am Kerajaan atau Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA). Kaedah ini dianggap sebagai satu bentuk amalan atau budaya yang harus diikuti oleh setiap kakitangan bagi memastikan pentadbiran dan pengurusan organisasi dapat dilaksanakan dengan teratur, cekap dan sempurna. |
corporate governance | tadbir urus korporat | Pengurusan | Perancangan | Suatu garis panduan kerja dan peraturan yang mengawal peri laku pengurusan atasan dan ahli lembaga pengarah sesebuah organisasi. Penekanan utama tadbir urus korporat ialah kebertanggungjawaban, keadilan dan ketelusan. Tujuan utama pemantauan melalui tadbir urus korporat adalah untuk melindungi pihak berkepentingan seperti pelabur, pemegang saham, pekerja, pelanggan dan kerajaan. Contoh perincian dalam garis panduan ini ialah butiran kontrak dengan ahli lembaga pengarah, termasuk peranan dan tanggung jawab, hak dan ganjaran serta prosedur penyelesaian konflik dengan pihak yang berkepentingan. |
concept testing | pengujian konsep | Komunikasi | Korporat | Kaedah kajian khalayak untuk menilai strategi kreatif sesuatu konsep pengiklanan. Penyediaan sesuatu kempen pengiklanan memerlukan konsep yang bukan sahaja bersesuaian dengan imej syarikat yang menghasilkan barangan tetapi perlu bersesuaian dengan penerimaan khalayak sasaran iklan semasa. Kaedah ini mengandaikan sekiranya terdapat keserasian konsep antara barangan dengan penerimaan khalayak, maka hasil keberkesanan iklan adalah tinggi. Oleh itu, ujian ini dianggap kritikal dalam proses pengiklanan. Contohnya, iklan penjenamaan imej syarikat petroleum semasa musim perayaan. Syarikat ini diuar-uarkan sebagai syarikat yang mesra keluarga semasa masyarakat sedang memperkatakan tentang isu ibu bapa tunggal. Pihak pengiklan menggunakan isu ini untuk menarik perhatian khalayak dengan melambangkan seorang ibu yang terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk mewujudkan kemeriahan sambutan hari raya. Melalui iklan ini, ditonjolkan autoriti penjaga, kesepaduan hubungan adik-beradik, kesediaan memikul tanggung-jawab, hormat |