Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corporate social responsibilitytanggungjawab sosial korporatPengurusanPerancanganSuatu tindakan organisasi perniagaan yang menunjukkan tanggungjawab mereka kepada kesejahteraan masyarakat, ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Tindakan ini bukan suatu aktiviti perniagaan dan tidak bermatlamatkan keuntungan. Keputusan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat perlu dibuat oleh pihak atasan organisasi supaya dapat mempengaruhi tanggapan pihak berkepentingan, bahawa organisasi tersebut merupakan sebuah organisasi yang mengambil berat tentang kesejahteraan persekitaran. Contohnya, syarikat kewangan yang menyediakan program latihan seperti celik karangan, khusus untuk murid sekolah bagi memperkasa generasi muda supaya lebih bijak mengurus wang mereka.
social responsibilitytanggungjawab sosialPentadbiranTiadaTiada
social responsibilitytanggungjawab sosialPentadbiranTiadaPerkara yang dilakukan syarikat atau individu yang bertujuan menjaga kepentingan masyarkat seperti menjaga alam sekitar, menghasilkan keluaran bermutu, dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata.
social responsibilitytanggungjawab sosialPentadbiranPengurusan-
corporate social responsibilitytanggungjawab sosial korporatPentadbiranTiadaKonsep yang mengesyorkan bahawa setiap syarikat harus mengambil kita kebajikan masyarakat umumnya dalam segala tindak-tanduknya.
corporate social responsibilitytanggungjawab sosial korporatPentadbiranPengurusan-
charity principleprinsip amalPentadbiranTiadaDoktrin dalam tanggungjawab sosial yang memerlukan indivudu yang bernasib baik membantu ahli dalam masyarakat yang kurang bernasib baik.
corporate philanthoropydermawan syarikatPentadbiranTiadaSumbangan syarikat kepada kepentingan tanggungjawab sosial dan amal bakti.
social responsibilitytanggungjawab sosialPengurusanPerancanganTindakan yang diambil oleh organisasi untuk menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat. Tanggungjawab ini bukanlah sesuatu yang mesti dilakukan oleh organisasi tetapi bertujuan untuk menjaga imej organisasi berkenaan dan memelihara hubungan baik dengan masyarakat. Contohnya, organisasi yang terlibat dengan program amal dan khidmat masyarakat bersama-sama penduduk setempat.
social responsibility principleprinsip tanggungjawab sosialPentadbiranTiadaPrinsip yang mengenal pasti dan menganalisis kuasa sosial yang memberikan kesan kepada sesebuah organisasi.
123

Kembali ke atas