Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kal] | تڠکل

Definisi : = penangkal sesuatu yg digunakan utk menolak bala (penyakit, hantu, jin, dll), azimat: ~ bisa; ~ jin; ~ sawan; ~ sehari bulan azimat yg berbentuk bulan sabit (drpd emas, perak) yg digantungkan di leher kanak-kanak; ~ petir besi pd bumbung rumah dll yg dihubungkan dgn kawat ke tanah utk menjauhkan bahaya petir; menangkal menolak bala (hantu, jin, pe­nyakit, dll) dgn azimat dll: pisau dicabut dan Tun Mudim ~ dan menjampi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kal] | تڠکل

Definisi : , = penangkal sesuatu yg digunakan utk menolak bala, penyakit dll; azimat: ~ sawan tangkal utk mengelakkan sawan. menangkal menolak bala, penyakit dll dgn tangkal: menjampi dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangkal (kata nama)
Bersinonim dengan penangkal, azimat, guna-guna, ubat pengasih, cenua, tumbal, pripih, pepunden, pepundi, jujungan, pujaan, uduh, pemakaian, sangga bunuh, pacau, lu.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
amulettangkalArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang dihasilkan daripada pelbagai benda mengikut kesesuaian si pemakai dan bertujuan untuk melindungi diri daripada semangat jahat. Pada zaman prasejarah, tulang ikan digunakan sebagai tangkal dan juga sebagai perhiasan, manakala pada zaman sejarah, syiling pernah digunakan sebagai tangkal yang dikalungkan di leher. Sinonim azimat.
demonifugetangkalSosiologiTiadaTiada
fetishtangkalSosiologiTiadaTiada
fetishtangkalSejarahTiadaTiada
political fetishtangkal politikSejarahTiadaOrang yang menjadikan politik sebagai satu pegangan hidup atau tunjang utama kehidupannya seolah-olah sesuatu yang disembah dan terlalu diberi perhatian.
amuletazimatArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat tangkal
cant hooktuil cangkukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPenuil yang terdiri daripada cangkuk keluli dan tangkal kayu, yang panjangnya antara 1.5 hingga 2.0 meter. Alat ini digunakan untuk memusing dan mengalih kedudukan kayu balak di tempat pemprosesan tertentu.
petalingpetalingPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Ochanostachys amentacea. daripada famili Olacaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah degung, di Sabah ialah tanggal dan tangkal, dan di Sarawak ialah petikal dan sentikal. Gubal kayu petaling berwarna coklat kuning atau coklat atau coklat merah muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat merah atau coklat merah tua. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 1105 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu petaling agak mudah dikerjakan, sederhana tahan tetapi lambat mengering. Kayu petaling sesuai untuk cerucuk, kerja binaan sederhana, perabot dan kotak.

Kembali ke atas