headland | tanjung tinggi | Sains Marin | Tiada | Bentuk bumi yang terbentuk secara semula jadi yang menganjur ke laut dan mempunyai ciri-ciri seperti kawasan tinggi, pantai berbatu, tempat ombak berpecah, hakisan yang kuat dan tebing laut yang sangat curam. Tanjung tinggi dan teluk biasanya dijumpai pada garisan pantai yang sama. |
anti-hero | antiwira/antihero | Kesusasteraan | Tiada | Protagonis dalam karya yang tidak memiliki sifat wira yang lazim. Contoh: Watak Bongkok dalam drama �Si Bongkok Tanjung Puteri� |
identical rhyme | rima kembar | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang terbentuk bukan sahaja daripada bunyi diftong dan bunyIg.abungan dua huruf vokalnya sama, malah juga bunyi konsonan yang mengikutnya sama. Walau bagaimanapun bunyi konsonan awalnya berbeza. Contohnya, dapat dilihat pada pantun empat kerat ini iaitu pada perkataan pauh dan sauh. Kelemunting di Tanjung Pauh, Kapa) sarat dimuat jerami; Ada untung digantung sauh, Kalau tidak laratlah kami. |
persiflage | kata senda | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan yang dipilih dan digunakan bertujuan untuk menyampaikan amanat penyair yang mengandungi nada senda atau gurauan. Contohnya, petikan lagu "Gurindam Jiwa" dari filem Melayu lama. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Anak Cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati tidak dilupa, Sebagai rambut bersimpul mati. Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga. |
sandiwara | sandiwara | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merangkumi drama purbawara dan drama sejarah. Sandiwara tidak seperti Bangsawan yang hanya menggunakan senario (rangka lakonan dan cerita) sebagai asas lakonan. Sandiwara menggunakan skrip bertulis dan menggantikan latar belakang bangsawan dengan set dan prop yang realisitik. Sandiwara merupakan asas drama Melayu moden. Antara skrip sandiwara ialah Di Atas Pentas, Si Bongkok Tanjung Puteri, Lawyer Dahlan, Tun Sri Lanang, dan Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrom Husain, manakala skrip sandiwara Hang Tuah Pahlawan Melayu dan Tarik bin Zaid Pahlawan Islam oleh Syed Alwi Sheikh al-Hadi. Skrip lain ialah Seruling Gembala, Selingkar Kisah di Kamar Seni, Anak Nazar Tujuh Keramat, dan Ratapan Ibu Pertiwi oleh Kalam Hamidi. Pementasan sandiwara popular di Malaysia dan Indonesia. Lihat juga bangsawan. |
drama | drama | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau televisyen. Aristotle mentakrifkan drama sebagai aksi manusia yang ditiru. Drama boleh dicipta dalam bentuk lisan atau tulisan. Teks yang dicipta secara lisan lebih mementingkan unsur persembahan daripada unsur sastera yang bertulis. Contohnya, drama tradisional tempatan seperti makyung dan wayang kulit. Terdapat pelbagai jenis drama, antaranya drama tragedi, drama komedi dalam bacaan, dan melodrama yang mempunyai subgenre masing-masing. Drama mempunyai dua dimensi, iaitu sebagai karya kesusasteraan yang disampaikan dalam bentuk dialog dengan tujuan untuk dipentaskan sebagai seni pertunjukan, dan sebagai teks sastera untuk dihayati dan dikaji. Struktur drama Barat boleh dilihat dalam The Poetics karya Aristotle, manakala struktur drama Timur boleh ditemui dalam drama Sanskrit Natyasastera. Contoh drama Melayu ialah Gong dan Orang-orang Pulau oleh Hassan Saprin, dan Si Bongkok Tanjung Puteri oleh Shahrom Hussien. Drama berasal daripada perkataan Yunani dran yang bermaksud �melakukan, melakonkan, atau mencapai. |