Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanpa bayaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unpaid workkerja tanpa bayaranSosiologiTiadaTiada
isticarahpeminjamanPerniagaan IslamTiadaTindakan memberi faedah barangan tanpa bayaran dan dikembalikan setelah cukup tempoh. Sekiranya tidak ditentukan tempoh, barangan tersebut hendaklah dikembalikan setelah selesai penggunaan atau sehingga diminta oleh pemilik. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan, peminjam wajib menggantikan atau membayar ganti rugi.
الإستعارةpeminjamanAgama IslamFiqhPenggunaan manfaat sesuatu barang tanpa bayaran dan ia dikembalikan semula.
gifthibahEkonomiEkonomi IslamAkad untuk memindahkan milik sesuatu aset tanpa bayaran yang dilakukan secara sukarela. Hibah dalam urus niaga perbankan dilakukan apabila institusi kewangan memberi sebahagian keuntungannya sebagai hadiah kepada penyimpan akaun semasa dan akaun simpanan. Selain itu, institusi kewangan boleh memberi hibah daripada sebahagian keuntungannya kepada penyimpan akaun pelaburan sekiranya pulangan akaun tersebut tidak kompetitif berbanding kadar faedah simpanan tetap. Hibah kepada penyimpan akaun pelaburan diambil daripada rizab penyamarataan keuntungan.
non-paid circulationedaran tak berbayarKomunikasiKorporatPengedaran bahan penerbitan tanpa bayaran kepada pelanggan individu atau institusi. Bagi membolehkan edaran tak berbayar dilakukan, pelanggan perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh penerbit sesuatu bahan penerbitan. Syarat tersebut ialah pelanggan perlu mempunyai kepentingan perniagaan, kuasa beli, dan kepentingan imej serta memiliki reputasi jangka panjang. Bahan penerbitan ini dihasilkan dalam bentuk majalah, akhbar atau terbitan khas. Penerbitan jenis ini biasanya mengandungi maklumat yang mempunyai daya tarikan umum yang biasanya dikaitkan dengan motif perniagaan untuk meningkatkan pasaran dan keuntungan bagi barangan yang diiklankan. Selain itu, penerbitan ini juga mempunyai kecenderungan kandungan yang memiliki unsur tanggungjawab sosial, seni, dan kebudayaan. Tujuan akhir edaran tak berbayar adalah untuk memperkukuh citra pelanggan dan citra korporat sesebuah syarikat penerbitan.
benevolent loanqard al-hasanEkonomiEkonomi IslamPinjaman kebajikan, iaitu peminjam hanya perlu membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan sahaja tanpa bayaran tambahan. Walau bagaimanapun, peminjam boleh memberi hadiah atau hibah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemberi pinjaman. Jumlah pinjaman yang diberikan biasanya kecil. Tujuan pemberi pinjam memberikan pinjaman ini bukan untuk menjana keuntungan tetapi untuk membuat kebajikan. Contohnya, pinjaman kebajikan yang diberikan institusi kewangan kepada orang miskin untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Sinonim pinjaman ihsan.
freewareperisian percumaTeknologi MaklumatPerisianSejenis perisian yang mempunyai hak cipta dan boleh dimuat turun atau disalin daripada Internet tanpa bayaran. Walaupun perisian ini diberikan secara percuma, pengguna tidak boleh mengubah perisian tanpa kebenaran kerana hak cipta masih dimiliki pencipta perisian. Pencipta membenarkan pengguna menggunakan perisian tersebut, namun bukan untuk dijual.
‘aqd isqatahakad pengguguranPerniagaan IslamTiadaAkad untuk menggugurkan sesuatu hak, sama ada berbayar atau tidak. Akad pengguguran tanpa bayaran dikenali sebagai ‘aqd isqat mutlaqah, iaitu akad pengguguran mutlak. Contohnya, pemiutang menggugurkan tanggungan pembayaran hutang yang wajib dibayar oleh penghutang. Akad pengguguran berbayar dikenali sebagai ‘aqd isqat mu‘awadah, iaitu akad pengguguran dengan balasan. Contohnya, pemilik hak shuf‘ah menarik diri daripada memperoleh hak tersebut dengan mengenakan bayaran kepada rakan kongsi.
aqd tamlikakad memberi milikPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh dua pihak untuk memiliki harta. Sekiranya akad dilakukan dengan bayaran atau melibatkan pertukaran, akad ini dinamakan akad mu‘awadah. Contohnya, jual beli, sewaan atau tukaran wang. Sekiranya akad dilakukan tanpa bayaran atau melibatkan pertukaran, akad ini dinamakan akad tabaruk.
obsolute releasepelepasan mutlakEkonomiEkonomi IslamAkad yang melepaskan hak yang dimiliki oleh satu pihak kepada pihak lain tanpa pampasan. Pelepasan ini boleh dilakukan sama ada melalui keputusan mahkamah atau persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat. Contohnya, pelepasan hak terhadap hutang tanpa bayaran.
1234

Kembali ke atas