metatarsal | metatarsus | Sains Sukan | Biomekanik | Salah satu daripada lima tulang panjang di bahagian tapak kaki. |
callus | kalus | Herba | Fitoterapi | 1. Penebalan setempat keratin kulit disebabkan tekanan atau geselan secara kronik. Kalus biasanya terjadi di tapak kaki, tangan, lutut dan siku. 2. Tulang baharu yang terbentuk di sekeliling tulang yang tercedera semasa proses penyembuhannya. 3. Kulit keras dan tebal yang terbentuk pada kulit pokok selepas kulit mengalami kecederaan. Kalus terbentuk sebagai satu proses pemulihan kecederaan. |
track | runut, jalan, jejak, rintis; balapan (SUK, P.JAS) | Geologi | Tiada | 2. Denai: Struktur fosil yang terdiri daripada bekas tapak kaki burung, reptelia, mamalia, atau haiwan-haiwan lainnya.,3. Landasan: Laluan pesawat udara atau satelit melintasi permukaan bumi. |
eversion | eversi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan sendi pergelangan kaki yang menjauhi garis tengah badan pada satah frontal. Contohnya, pergerakan tapak kaki yang menghala ke arah luar semasa aksi menimbang bola dalam acara sepak takraw. Lihat juga satah frontal. Banding inversi. |
inversion | inversi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan sendi pergelangan kaki yang mendekati garis tengah badan pada satah frontal. Contohnya, pergerakan tapak kaki yang menghala ke arah dalam semasa aksi menimbang bola dalam acara sepak takraw. Lihat juga satah frontal. Banding eversi. |
base block | blok tapak | Kesenian | Hiasan Dalaman | Satu unit bersegi empat pada sebarang binaan yang menjadi komponen bawah di bahagian tapak, kaki pintu atau tingkap. |
plantar fascia | fasia plantar | Sains Sukan | Biomekanik | Sekumpulan jaringan tisu tebal, kuat dan padat yang menyelaputi sepanjang bahagian tapak kaki dan menghubungkan tulang jari kaki ke tulang tumit. |
duck foot | tapak itik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kaki perabot berbentuk melengkung, menguncup ke bawah dan berkumai serta mempunyai tapak yang menyerupai kaki itik. Tapak itik mula diperkenalkan pada abad ke-18 di Eropah. Lihat juga lapik kaki. |
girandole | pendakap girandola | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pendakap dinding lampu candelier, kaki lampu hiasan dan tapak lilin yang diukir secara terperinci. Pendakap ini mula digunakan pada pertengahan abad ke-17 di Perancis. Istilah ini diambil daripada perkataan Itali girandola. |
corn | kematu | Herba | Fitoterapi | Ketumbuhan seperti bengkak kecil yang keras pada tapak tangan atau kaki. |