intermolecular attraction | tarikan antara molekul | Kimia | Tiada | Daya tarikan antara satu molekul dengan molekul yang lain. tarikan antara molekul dibahagikan kepada daya dwikutub-dwikutub (seperti dalam ikatan hidrogen) dan daya Van der Waals. Bdg. tarikan dalam molekul. |
trick advertising | pengiklanan muslihat | Komunikasi | Korporat | Stategi pengiklanan yang bertujuan untuk menarik perhatian khalayak supaya membeli barangan yang menggunakan sesuatu daya tarikan. Daya tarikan yang digunakan berbentuk ganjaran yang berupa barangan atau tawaran hiburan dan rekreasi yang berstatus mewah. Apabila khalayak tertarik dan cuba mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diiklankan, khalayak dikenakan beberapa syarat lain. Syarat ini selalunya menyukarkan khalayak untuk mendapatkan barangan tersebut kecuali setelah memenuhi syarat berkenaan. Contoh syarat tersebut adalah memujuk khalayak membeli barangan lain melalui syarikat yang sama yang melibatkan kos tambahan. Kaedah lain yang digunakan ialah khalayak dijanjikan faedah besar melalui cabutan bertuah yang berbentuk hadiah sekiranya membeli barangan daripada syarikat berkenaan. Namun, setelah membeli barangan tersebut, pembeli hanya mendapat hadiah termurah yang memang disediakan untuk setiap pembelian. |
gravitation | kegravitian | Fizik | Mekanik | Saling tarikan antara jisim. tarikan graviti. |
intramolecular attraction | tarikan dalam molekul | Kimia | Tiada | Daya tarikan antara atom di dalam suatu molekul. Misalnya, ikatan kovalen. Bdg. tarikan antara molekul. |
homophilic bonding | ikatan homofil | Kimia | Biokimia | Tarikan antara kumpulan-kumpulan yang sama, seperti tarikan antara kumpulan-kumpulan tak berkutub dalam ikatan hidrofob atau tarikan antara kumpulan-kumpulan dalam ikatan elektrostatik |
borrowed interest | daya tarikan tumpang | Komunikasi | Korporat | Kaedah menggunakan daya tarikan pada sesuatu subjek lain sebagai tumpangan bagi menyediakan strategi kreatif pengiklanan. Strategi tersebut digunakan untuk menguasai perhatian khalayak dan menghasilkan rasa seronok atau menyukai sesuatu subjek setelah terdedah kepada pengiklanan berkenaan. Contoh subjek yang mempunyai daya tarikan semula jadi ialah kanak-kanak,binatang kesayangan, wanita panorama, dan makanan. Penggunaan subjek ini boleh menimbulkan rasa sayang, simpati, dan empati. Subjek ini boleh menjadi lambang yang membawa nilai yang sesuai dengan barangan yang diiklankan dan falsafah syarikat. Prinsip yang sama diguna pakai apabila menggunakan daya tarikan yang terdapat pada individu yang terkenal dan popular. |
interpersonal attraction | tarikan interpersonal | Psikologi | Psikologi Umum | Tarikan sosial kepada individu yang merupakan asas kepada kebanyakan hubungan sosial. Individu biasanya akan mencari kawan tau teman yang baik dan saling memahami, mempunyai personaliti yang menarik dan menyukainya. Contohnya, individu memilih kawan Tarikan sosial kepada individu yang merupakan asas kepada kebanyakan hubungan sosial. Individu biasanya akan mencari kawan atau teman yang baik dan saling memahami, mempunyai personaliti yang menarik dan menyukainya. Contohnya, individu memilih kawan berdasarkan kepada kedekatan fizikal. Semakin dekat seseorang itu dengan seseorang yang lain, maka semakin tinggi kemungkinan individu itu menjadi kawan atau sahabatnya. Semakin kerap seseorang itu bertemu dengan seseorang yang lain, maka semakin tinggi kemungkinan untuk membina keakraban. Kini, kekerapan bertemu dan berbicara ditingkatkan oleh teknologi komputer yang menyediakan perkhidmatan e-mel dan ruang sembang. Selain itu, kesan halo juga boleh meningkatkan minat seseorang seperti orang yang cantik biasanya akan |
cohesion | jeleketan | Kimia | Tiada | Kecenderungan molekul pepejal atau cecair untuk mengikat antara satu dengan yang lain akibat daya tarikan antara molekul. Daya tarikan ini lemah dan berkurangan dengan bertambahnya suhu. Misalnya, daya Van der Waals. |
bollard pull | tarikan tonggak | Pelayaran | Tiada | Tarikan yang diukur pada tonggak bot pada halaju tunda. |
locomotive haulage | tarikan lokomotif | Kejuruteraan | Tiada | Tarikan dengan menggunakan loko. |