Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.rikh] | تاريخ

Definisi : ahli sejarah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.rikh] | تاريخ

Definisi : 1. perhitungan tahun: ~ Hijrah; ~ Masihi; 2. bilangan (angka) utk menyatakan tahun: ~ 1350 Hijrah; 3. hari bulan dan tahun, tanggal: tiap-tiap surat mesti dibubuh ~; ~ bagi perundangan selanjutnya akan ditetap-kan; 4. kitab sejarah, riwayat, tambo, tawarikh: kitab ~ kerajaan Johor; ahli ~ ahli sejarah;bertarikh bertanggal, ada tarikhnya: surat itu ~ 20 Mei 1960;mentarikhkan 1. membubuh (menuliskan) tarikh; 2. mencatat tarikhnya; 3. menuliskan dlm buku peringatan (riwayat);pentarikhan perihal mencatatkan tarikh bagi sesuatu peristiwa: ciri penulisannya me-mentingkan ~ sehinggakan karya-karya dapat dijadikan sumber sejarah yg dinilai; ~ karbon (Kim) kaedah menentukan usia objek organik yg sangat tua, mis tulang, kayu dsb melalui pengiraan jumlah isotop karbon tertentu di dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.rikh] | تاريخ

Definisi : 1 hari bulan dan tahun: Tiap-tiap surat hendaklah dibubuhi ~. 2 cara menghitung tahun: ~ Hijrah; ~ Masihi. 3 kitab sejarah; tawarikh: kitab ~ Johor. bertarikh ada tarikh; tercatat tarikh pdnya: Surat tuan yg ~ 20 Mei 1985 telah diterima. mentarikhkan membubuh atau menulis tarikh pd. pentarikhan perihal atau perbuatan mencatat tarikh bagi sesuatu peristiwa: ~ adalah penting kerana kita boleh menjadikannya sumber sejarah. ~ karbon kaedah me­nentukan usia objek organik, mis tulang, kayu me­­­lalui pengiraan jumlah isotop karbon tertentu di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarikh (kata nama)
Bersinonim dengan hari bulan, tanggal, titimangsa;,
Kata Terbitan : bertarikh, mentarikhkan, pentarikhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
manufacturing datetarikh pengilanganHerbaPeraturan dan PemasaranTarikh sesuatu produk dibuat. Tarikh ini perlu dicatatkan pada setiap label dan kotak pembungkusan produk tersebut.
callable bondbon boleh panggilinsuransTiadaBon yang boleh ditebus pada satu tarikh sebelum tarikh matangnya yang asal.
expiry datetarikh akhirHerbaTiadaMasa yang ditetapkan untuk menandakan tarikh (bulan dan tahun) sah digunakan bagi suatu sediaan herba. Tarikh ini ditentukan daripada kajian kestabilan sediaan herba dan merujuk kepada status degradasi sediaan herba semasa disimpan dalam keadaan yang tertentu. Tarikh akhir ini berbeza mengikut jenis sediaan herba. Biasanya sediaan ekstrak herba mempunyai tarikh akhir yang lebih lama berbanding sediaan herba mentah.
expiry datetarikh luputHerbaPeraturan dan PemasaranTarikh akhir sesuatu kelompok produk memenuhi spesifikasi piawaian/piawai kualiti yang diperlukan. Tarikh ini hendaklah dicatatkan pada label pembungkusan produk. Produk yang telah melepasi tarikh luput tidak terjamin akan kekal seperti dalam spesifikasi yang ditetapkan dan mungkin tidak selamat untuk digunakan.
insurance registerdaftar insuransinsuransTiadaCatatan maklumat penting tentang insurans yang ditanggung seperti tarikh pembelian, amaun premium, tarikh tamat polisi dan nama syarikat.
insurance registerdaftar insuransPentadbiran PerniagaanTiadaCatatan maklumat penting tentang insurans yang ditanggung seperti tarikh pembelian, amaun premium, tarikh tamat polisi dan nama syarikat.
distribution recordrekod agihanHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen yang mengandungi maklumat nama dan alamat pengedar, nombor dan tarikh arahan serahan, tarikh serahan, nama produk dan bentuk dosnya, kuantiti, dan nombor kelompok bagi setiap produk. Rekod agihan bagi setiap kelompok produk perlu dikekalkan untuk memudahkan panggil balik kelompok tersebut.
publication datetarikh terbit-TiadaTarikh bahan yang dijadualkan untuk terbit.
deadlinetarikh akhir-Tiadawaktu atau tarikh akhir kerja penerbitan yang perlu dilaksanakan.
maturity datetarikh matanginsuransTiadaTarikh bayaran amaun muka bagi polisi endowmen ketika insured masih hidup.
12345678910

Kembali ke atas