tasarruf | tasaruf/pengurusan | Perniagaan Islam | Tiada | Tindakan pengelolaan perniagaan mengikut kemahuan individu tanpa sekatan atau syarat. Tasarruf boleh berbentuk perkataan atau perbuatan. Tasarruf perkataan terbahagi kepada dua jenis, iaitu akad dan bukan akad. Contohnya, urusan jual beli, gadaian, pajakan, hibah, wasiat atau wakaf. Manakala contoh tasarruf bukan berbentuk akad adalah tuntutan mahkamah, pengakuan, ingkar atau sumpah menafikan tuntutan. Tasarruf perbuatan merangkumi tindakan seperti mengumpul, merampas dan merosakkan harta orang atau menyerahkan produk jualan. |
tasarruf maliy | tasaruf harta/pengurusan harta | Perniagaan Islam | Tiada | Tindakan individu menguruskan harta miliknya mengikut syarat tertentu. Pengurusan harta dibenarkan bagi individu yang mempunyai keupayaan atau kelayakan, iaitu dewasa, waras dan tidak muflis. |
milk | milik | Perniagaan Islam | Tiada | Hubungan pemunyaan yang wujud antara manusia dengan harta. Pemilikan bersifat eksklusif, melainkan sekiranya terdapat halangan dari segi hukum syarak dan pihak lain terhalang daripada memilikinya. Milk terbahagi kepada milk tamm, milk naqis, milk mutlak, milk bi sabab, milk muqayyad, milk khass, milk ‘amm, milk riqbah, milk yad dan milk tasarruf. |