Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ta.pan] | تاتڤن

Definisi : ark sl tetampan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta.pan] | تاتڤن

Definisi : 1. hal atau hasil menatap, pandang-an: bapa mengubah duduknya serta menatap muka ibu, satu ~ yg membawa pengertian yg dalam; 2. sesuatu yg ditatap, pandangan, renungan: menjadi ~ orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta.pan] | تاتڤن

Definisi : 1 sesuatu yg ditatap. 2 hal atau hasil menatap; pandangan; renungan: ~ yg bermakna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatap
Kata Terbitan : menatap, menatapi, tatapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
art epicepik seniKesusasteraanTiadaNaratif yang mempunyai nilai konvensi dan estetik yang tinggi dan dihasilkan oleh pengarang yang terkenal dengan ketinggian mutu dan daya ciptanya, Naratif epik yang dihasilkan benar-benar memperlihatkan ketinggian nilai dari segi penciptaan karya serta diakui sebagai karya seni yang bermutu. Dari aspek isi, epik seni memaparkan unsur-unsur pemikiran, sejarah dan tamadun budaya sesuatu bangsa. Epik ini mampu menarik perhatian dan dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah dalam kalangan intelektual. Dari aspek seni sastera, epik seni menampilkan ketinggian nilai daya cipta dan kehalusan pengucapan seni, khususnya dari segi penggunaan bahasa. Hal ini berbeza dengan epik rakyat yang lebih bersifat popular dan dicipta untuk tatapan khalayak atau rakyat biasa. Contoh epik seni dalam kesusasteraan Inggeris dapat dilihat dalam karya Milton berjudul Paradise Lost. Lihat juga epik rakyat, epik sastera.

Kembali ke atas