Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tau.liah] | تولياه

Definisi : 1. pelantikan menjadi wali (wakil dll), surat pelantikan (menjadi wali, wakil, dll): bilakah ada pilihan raya memilih saya jadi ketua kampung, mana ~nya? 2. surat kuasa (sbg wakil dll), surat kepercayaan; bertauliah mempunyai tauliah, ada tauliah-nya: hanya amil-amil yg ~ sahaja yg boleh menerima zakat drpd orang ramai; mentauliahi memberi tauliah kpd;mentauliahkan memberi tauliah, memberi kuasa: adalah yg berteriak ~ kerajaan itu ialah Kelana Jaya Putera;pentauliahan penyampaian (pemberian) tauliah: teman wanitanya tidak dapat ber-samanya di majlis ~ pegawai kadet itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tau.liah] | تولياه

Definisi : 1 pelantikan menjadi wakil dsb; surat pelantikan menjadi wakil dsb. 2 surat yg memberi kuasa kpd seseorang; surat kepercayaan; surat kuasa. ber­tauliah ada tauliahnya: Orang ramai dinasihati supaya mengeluarkan zakat kpd amil yg ~ saja. mentauliahkan memberi tauliah; memberi kuasa (kpd seseorang). pentauliahan per­buatan atau perihal mentauliahkan; penyampaian tauliah: majlis ~ kadet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tauliah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radiation securitysekuriti sinaranTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLangkah yang dilaksanakan dengan objektif untuk menghalang kemasukan individu tanpa tauliah terhadap punca radioaktif. Antara langkah-langkah sekuriti sinaran termasuklah penggunaan kamera litar tertutup (CCTV), pagar, pengawal keselamatan dan ibu kunci. Sekuriti sinaran mampu mencegah kerosakan, kehilangan, kecurian, aktiviti pindah milik yang tidak sah dan punca radioaktif. Kegagalan dalam melaksanakan sekuriti sinaran boleh mengakibatkan insiden atau kejadian kemalangan yang tidak diingini seperti dedahan sinaran tidak terancang kepada orang awam. Langkah ini dilaksanakan pada seluruh kitar hayat penggunaan bahan radioaktif seperti penggunaan, penstoran, pengangkutan, nyahtauliah, dan pelupusan.

Kembali ke atas