Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.war.me.na.war] | تاور - مناور

Definisi : saling meminta dikurangkan harganya (sewanya, tuntutan, dll): dgn tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; kuasa ~ mereka lebih kuat lagi drpd seluruh kekuatan negara masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tawar-menawar

Puisi
 

Kalau datang kapal serati,
     Sungguh Jawa tawar-menawar;
Kalau datang si jantung hati,
     Racun diminum jadi penawar.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bargaining theoryteori tawar-menawarSains PolitikPolitik PerbandinganKaedah yang digunakan dalam persaingan politik antara dua atau lebih pihak dalam sistem demokrasi. Teori ini menekankan bahawa proses tawar-menawar merupakan usaha penting yang digunakan oleh pihak terlibat untuk mencapai satu formula yang diterima oleh semua. Rundingan, tolak ansur dan toleransi merupakan prinsip utama untuk memastikan semua pihak berpuas hati. Rundingan ini biasanya berakhir dengan pembentukan suatu perjanjian, permuafakatan, deklarasi dan manifesto bersama. Kaedah ini kerap digunakan dalam politik demokrasi memandangkan prosesnya tidak melibatkan kekerasan dan lebih mencerminkan suatu aktiviti politik yang bersifat sivil. Contohnya, perselisihan faham di antara Kesatuan Sekerja dengan pihak majikan kerap kali diakhiri dengan rundingan melalui proses tawar-menawar.
quid pro quoquid pro quoSains PolitikPolitik PerbandinganKaedah tawar-menawar atau tolak ansur yang dibuat antara dua atau lebih pihak oleh pemimpin kaum yang berbeza. Kaedah ini bertujuan mengelakkan konflik yang tercetus akibat perbezaan pandangan. Pihak-pihak ini saling memahami dan memerlukan antara satu dengan yang lain. Apabila berlaku sesuatu perbezaan pendapat, biasanya akan diakhiri dengan rundingan dan tawar-menawar. Contohnya, kelangsungan Barisan Nasional di negara ini hasil hubungan quid pro quo yang dibentuk antara pihak yang berkepentingan.
treatyperjanjianSains PolitikPolitik PerbandinganPersetujuan rasmi yang dibuat antara dua atau lebih negara yang berdaulat. Sebelum persetujuan dicapai, wakil dari negara yang terIibat terlebih dahulu berunding dan membuat tawar-menawar dalam perbincangan. Persetujuan ini biasanya diabsahkan oleh badan perundangan negara terIibat seperti hakim atau ketua negara dan kemudian dijadikan dalam bentuk bertuIis dengan pengesahan mohor pemerintah. Nama perjanjian pula biasanya mengambiI nama tempat perjanjian itu diadakan. Contohnya, Perjanjian Pangkor 1874, Perjanjian Bangkok 1909 dan Perjanjian Camp David l978.
non violencetanpa kekerasanSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan politik yang dibuat tanpa melibatkan sebarang keganasan. Gerakan ini percaya kepada satu penyelesaian atau persaingan yang adil dan bebas. Kaedah yang biasa digunakan ialah secara aman seperti terlibat dalam pilihan raya, menuntut sesuatu secara melobi, menggunakan media, kaedah rundingan dan tawar-menawar. Penggunaan keganasan dianggap terkeluar daripada peraturan permainan yang diterima. Contohnya, Mahatma Gandhi merupakan tokoh yang berjuang dengan menggunakan cara ini yang dikenali sebagai satyagraha atau tanpa keganasan tetapi berterusan.
radical politicianahli politik radikalSains PolitikPolitik PerbandinganAhli politik yang berfikiran dan bertindak secara radikal dengan menggunakan kaedah yang lebih keras. Mereka juga mempunyai matlamat yang radikal seperti menuntut kemerdekaan wilayah tertentu, mendesak pemerintah meletak jawatan dan menganjurkan pemberontakan. Pemimpin radikal ini tidak menyukai proses politik secara kerjasama, kompromi, tawar-menawar atau yang mengikut perlembagaan. la cenderung kepada gerakan bawah tanah yang bersifat subversif. Contohnya, pemimpin Gerakan Pemisahan IRA di Northern Ireland di Great Britain seperti Gary Adam yang merupakan ahli politik radikal.
civilsivilSains PolitikPolitik PerbandinganSifat masyarakat yang telah mencapai taraf budaya yang rasional, berpendidikan tinggi, tingkat ekonomi yang baik dan hubungan sosial yang berasaskan kepada nilai-nilai murni. Dalam konteks politik, istilah ini merujuk kepada hubungan politik yang berlandaskan akal dan bukannya emosi. Setiap pertelingkahan politik yang timbul diselesaikan secara rundingan, tawar-menawar dan permuafakatan. Persaingan politik diambil dalam pendekatan yang positif apabila kekalahan dalam persaingan diterima dengan fikiran yang terbuka. Dalam erti kata lain, sivil merujuk kepada masyarakat yang moden dan bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
ghost storycerita hantuKesusasteraanTiadaCerita yang memaparkan kehadiran makhluk halus. Dengan makna yang lebih luas, istilah ini merujuk kepada karya yang menyentuh tentang alam ghaib secara metaforikal. Cerita hantu yang biasa dalam masyarakat sekarang ialah cerita serigala jadian, puntianak, toyol, penggal, dan bunian yang berkaitan dengan kerasukan dan sebagainya. Cerita hantu juga memaparkan perihal tawar-menawar antara manusia dengan syaitan yang merujuk kepada tema faust. Contoh cerita hantu ditemui dalam cerpen �The Dead� oleh James Joyce. Dalam sastera Melayu, cerita ini ditemui dalam novel Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis.
civil societymasyarakat sivilSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang memiliki ruang penyertaan antara pemerintah dengan orang ramai. Ruang tersebut bertindak sebagai medan aksi atau interaksi antara kedua-duanya. Penyertaan masyarakat mempunyai pelbagai sifat sama ada secara individu dengan pemerintah seperti aktivis sosial dan organisasi dengan pemerintah atau organisasi bukan kerajaan (NGO). Interaksi ini melahirkan ciri-ciri aksi yang bersifat pengaruh mempengaruhi, tawar-menawar, desakan dan gesaan, manipulasi, timbal-balik dan imbang-mengimbangi khususnya dari sudut ideologi politik, penyuaraan kepentingan, pelaksanaan dasar dan juga persaingan politik. Masyarakat yang mempunyai aksi atau interaksi dengan pemerintah yang seimbang dalam ruang ini dikatakan sebagai masyarakat yang demokratik. Sementara negara yang ruang aksinya dikuasai oleh pemerintah diklasifikasikan sebagai tidak demokratik. Contohnya, ruang aksi antara rakyat dan pemerintah di Singapura adalah sempit dan dikawal oleh pemerintah.
main puterimain puteriKesusasteraanTiadaUpacara pengubatan tradisional yang menggunakan muzik, cerita dan nyanyian makyung. Upacara ini bertujuan untuk menyemah semangat yang mengganggu ketenteraman dan imbangan angin si pesakit, selalunya pesakit jiwa. Main puteri dijalankan sebagai sebuah persembahan, iaitu terdapatnya pemain dan penonton. Peranan utama dipegang oleh tok Minduk, pemain rebab dan Tok Puteri, bomoh dan si pesakit. Alat-alat muzik yang mengiringi upacara ini terdiri daripada sebuah rebab, sepasang gendang dan sepasang gong. Tok Puteri memulakan upacara dengan membaca mantera sajian kepada untuk menyemah semangat si pesakit. Sebelum menilik, dia akan melakukan upacara �menurun�. Ketika itu, Tok Puteri akan dirasuk oleh semangat tertentu dan seterusnya akan berlaku soal jawab antara Tok Minduk dengan Tok Puteri untuk menentukan semangat yang bertanggungjawab terhadap keadaan si pesakit. Pemilikan akan diselang seli dengan gerak tari dan silat oleh Tok Puteri yang dirasuk semangat yang dijemput. Semangat yang dikenali sebagai Hanuman, Jin Selakah tunggal, Bota dan semangat itu tidak bertanggungjawab, semangat tersebut akan dilepaskan. Proses ini berlaku sehingga semangat berkenaan dikenal pasti. Kemudian Tok Minduk akan melakukan proses tawar-menawar dengan semangat ini untuk memintanya meninggalkan tubuh badan si pesakit. Selepas mendapat persetujuan, semangat berkenaan pun keluar dan si pesakit akan pulih. Seterusnya, si pesakit akan bergerak dan menari yang menandakan bahawa dia telah pulih. Proses pengubatan tradisional main puteri masih lagi diamalkan di Kelantan. Antara tokoh main puteri yang tersohor ialah Bakar Daud (Bachok), Tok Minduk awang Omar (Tumpat) dan Pak Mat tok Teri (Gunung).
jampijampiKesusasteraanPuisiPuisi yang dibaca bagi mengubat seseorang yang sedang sakit terutama dalam konteks masyarakat tradisional. Lazimnya jampi ataupun mantera ini digunakan atau dibacakan oleh seorang bomoh awu dukun. Ada kalanya jampi atau mantera ini juga dibacakan kepada sesuatu objek seperti keris, tombak dan lembing kerana dipercayai benda-benda ini mengandungi unsur-unsur sakti. Contohnya, jampi "Penawar Bisa" dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional.Bismillahi 'L-rahman 'I-Rahim, Kayu medang, kayu patani. Tumbuh di padang merbani, Akar terhunjam tujuh petala bumi, Pucuk tersandar ke angkasa; Tuan puteri dari angkasa, Membawa tawar sekalian yang bisa, Ipuh putih menawar ipuh merah,

Kembali ke atas