Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bu.te.bu] | ٢ تبو

Definisi : 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2. gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tebu-tebu

Puisi
 

Budak-budak memakan tebu,
     Tebu ditanam di depan kota;
Duduk termenung di muka pintu,
     Terkenang kekasih jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Tebu setuntung masuk geraham gajah.

Bermaksud :

Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
xylanxilanHerbaTiadaSebatian gula karbohidrat jenis pentosan yang terdapat dalam lalang, tebu, sekam dan terutamanya dalam kayu tumbuhan luruh. Xilan apabila dihidrolisis akan menghasilkan pentosa dan xilosa.
xylosexilosaHerbaTiadaFormula C5H10O5. Gula pentosa aldosa yang terdapat dalam kebanyakan tumbuhan berkayu seperti dalam lalang, tebu dan serat biji yang berguna dalam pemanis bukan nutritif. Xilosa dikenali juga sebagai gula kayu.
bioconversionbiopenukaranTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPerubahan bahan organik seperti sisa tumbuh-tumbuhan atau haiwan kepada produk atau sumber tenaga melalui proses biologi yang melibatkan mikroorganisma atau enzim. Contohnya, penghasilan etanol daripada gula tebu melalui proses penapaian.
homonymhomonimKesusasteraanPuisiPerkataan yang sama dari segi bentuk dan ejaannya, namun apabila digunakan dalam sesuatu baris sesebuah puisi maknanya berbeza. Contohnya, kata bisa dalam konteks racun atau kesan disengat oleh ikan sembilang dengan kata bisa dalam konteks boleh atau dapat. Ataupun kata buku dalam konteks kitab dengan kata buku dalam konteks ruas tebu.

Kembali ke atas