nanosilicate | nanosilikat | Fizik | Nanoteknologi | Bahan silika yang mempunyai struktur berliang yang banyak dan keluasan permukaan beberapa ratus meter persegi per gram. Contohnya, silikon dioksida (SiO2) berliang yang dapat disediakan dengan saiz liang berukuran beberapa mikrometer hingga mencapai 1 nm mengikut keperluan industri. Sifatnya yang utama adalah mempunyai ketahanan dan kestabilan haba, mekanik dan kimia disebabkan oleh rangkaian silika yang tegar dan tak termampat yang tinggi. Antara penggunaannya ialah sebagai pemangkin untuk mengasingkan bahan cemaran udara, reaktor membran dan sensor. |
dictator | diktator | Sains Politik | Politik Perbandingan | Seseorang yang memiliki kuasa mutlak dan memerintah secara kuku besi. Pemerintah kejam ini sentiasa menafikan hak politik masyarakat seperti kebebasan mengundi, hak untuk bersuara, berorganisasi, berkumpul dan sebagainya. Setiap keputusan politik ditentukan oleh beliau tanpa diperiksa oleh pihak lain. Seorang diktator biasanya memerintah dengan sokongan agensi pemerintahan seperti tentera, polis, perkhidmatan awam dan mahkamah. Undang-undang yang diamalkan di bawah pemerintahan diktator bersifat tegar, berat sebelah dan tidak demokratik. Diktator juga akan menghukum secara sewenang-wenangnya penentang politik yang mencabar kuasa beliau. Contohnya, Jeneral Pinochet sewaktu memerintah Chile pada tahun 1 970-an. |