Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.gas] | تݢس

Definisi : 1. jelas serta terang (kelihatan dll), nyata: dgn suara ~ dan jelas ia berkata; 2. tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat: hukuman yg ~ mestilah segera dijalankan; 3. kata atau ujar (yg tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dll): “Kerajaan akan melancarkan gerakan tentera utk menghalau komunis-komunis keluar dr Danang,” ~ beliau; 4. = ~nya maksudnya, ertinya, jelasnya: ~nya perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;bertegas mengatakan sesuatu dgn ber­sungguh-sungguh (beria-ia): raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;menegas ark meminta penjelasan (kete­rangan); menegaskan 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar ‘nombor asas’ dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa;ketegasan 1. perihal tegas, kejelasan, keteta­p­-an: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus; pertegasan 1. pembatasan erti, definisi, takrif; 2. penentuan, pemastian; penegasan penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak pindah dr sini atau tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gas] | تݢس

Definisi : 1 dpt didengar, dilihat dsb dgn terang; nyata; jelas: Ia berkata dgn suara yg ~. 2 tidak ragu-ragu atau tidak samar-samar; tentu; tepat: Permohonannya telah ditolak dgn ~. menegaskan 1 me­ngata­kan dgn tegas: Dia ~ bahawa dia tidak pernah melakukan perkara itu. 2 menerangkan; menjelaskan: Perkara tsb akan ditegaskan dlm pelajaran yg berikutnya. ketegasan hal atau keadaan tegas; kejelasan. penegasan perbuatan atau hal menegaskan; penjelasan; penen­tuan. penegas; kata ~ ist kata utk menegaskan sesuatu (spt memang, juga, sahaja, kah, pun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegas (adjektif)
1. Bersinonim dengan jelas: terang, nyata, ketara, lantang,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan tepat: tentu, pasti, nyata, getas,
Berantonim dengan ragu-ragu

Kata Terbitan : menegaskan, ketegasan, penegasan,

Peribahasa

Pahit dulu,
     manis kemudian.

Bermaksud :

Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
futurismfuturismeKesusasteraanTiadaPergerakan seni yang muncul di Itali pada tahun 1909 untuk menggantikan nilai estetik tradisional dengan ciri yang menekankan penggunaan teknologi moden. Pergerakan yang singkat dalam kesenian dan kesusasteraan Eropah ini menolak dengan tegas tradisi konvensi seni sebelumnya, dan peraturan nahunya demi memaparkan dinamisme pad abad ke-20 yang dikenali juga sebagai �abad mesin�. Futurisme bertujuan melahirkan bentuk, subjek, dan gaya yang baharu dalam karya sastera terutamanya puisi. Teknik puisi yang baharu ini melibatkan eksperimen percetakan, dan komposisi sajak yang direka dengan bunyi-bunyian tanpa makna. Lihat juga garda depan.
emblematicnama lambangKesusasteraanTiadaNama yang diberikan kepada watak dalam sesebuah cereka. Nama ini sebenarnya menepati dan memperlihatkan sifat-sifat sebenar watak tersebut. Melalui nama lambang, pembaca dapat mengetahui ciri-ciri seseorang watak, sama ada tegas, berani, bengis, gagah, cantik, penakut, pemalas dan sebagainya. Dengan kata lain, nama lambang memaparkan ciri-ciri peribadi sebenar watak. Ciri-ciri ini tergambar melalui sifat fizikal dan spiritual watak yang dilukiskan oleh pengarang dalam karyanya. Unsur nama lambang banyak terdapat dalam karya Melayu tradisional, khususnya melalui nama putera dan puteri raja Melayu yang memainkan watak hero atau heroin. Hal ini sama tergambar dalam nama puteri-puteri Melayu yang dilukiskan dengan begitu indah demi menggambarkan kecantikan dan kejelitaan mereka. Contohnya, nama Pak Pandir ialah perlambangan watak yang bodoh sementara Lebai Malang pula menggambarkan watak yang sentiasa dirundung malang.

Kembali ke atas