hemodynamic | hemodinamik | Kejururawatan | Tiada | Status pengaliran darah dan tekanan yang berkaitan seperti tekanan darah, tekanan vena sentral, dan tekanan arteri pulmonari untuk mengukur status isi padu cecair pada pesakit dan fungsi jantung. |
pressure relief valve | injap pelega tekanan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Injap yang terbuka apabila tekanan sistem melebihi tekanan tertentu untuk membenarkan tekanan berlebihan dilepaskan melaluinya. Keadaan ini membenarkan tekanan dalam sistem terkawal dan tidak melebihi had yang ditentukan. Injap ini juga terdapat dalam sistem pendingin dan sistem pelincir. Sinonim injap pelega. |
intracranial pressure | tekanan intrakranium | Kejururawatan | Tiada | Tekanan serebrum yang memberi gambaran tekanan intrakranium. Tekanan ini dipengaruhi oleh perubahan pada komponen utama isi padu intrakranium, seperti cecair serebrospina, darah dan tisu otak. |
transducer | transduser | Kejururawatan | Tiada | Alat yang berupaya menukarkan tekanan fisiologi dalam bentuk gelombang yang dipaparkan dalam monitor seperti gelombang tekanan arteri, tekanan intrakranium, dan tekanan atrium kanan atau kiri. |
indicated mean pressure | tekanan berkesan purata tertunjuk | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Purata tekanan yang dijana dalam setiap silinder enjin dalam semua lejang, iaitu lejang pengambilan, lejang mampatan, lejang pembakaran dan lejang ekzos. Tekanan ini boleh diukur le- dengan mengira luas graf tekanan-sesaran enjin. Data tekanan boleh dicerap melalui penderia tekanan yang dipasang pada salah sebuah silinder enjin yang telah dikenal pasti dan dipaparkan melalui peralatan visual seperti osiloskop. Sesaran enjin dalam unit isi padu diperoleh dengan mengukur sudut engkol. Singkatan IMEP. |
pressure gradient | kecerunan tekanan | Kimia | Kimia Analisis | Kadar perubahan tekanan terhadap jarak. Dalam kromatografi gas atau kromatografi cecair prestasi tinggi, ia ditentukan dengan mengukur tekanan inlet dan tekanan outlet turus. |
pulse pressure | tekanan nadi | Kejururawatan | Tiada | Perbezaan tekanan darah sistolik dan tekanan diastolik arteri. |
Macleod gauge | tolok Macleod | Kimia | Kimia Analisis | Peranti untuk mengukur tekanan gas yang rendah di antara 10-5 – 1 torr, di dalam sistem vakum tekanan tinggi. Tekanan ditentukan dengan mengukur tinggi turus raksa yang ditolak oleh gas yang terperangkap. |
manifold absolute pressure | tekanan mutlak pancarongga | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tekanan dalam pancarongga pengambilan yang diukur pada skala tekanan mutlak. Nilainya berkadar terus dengan beban Jenjin dan berada di bawah paras tekanan atmosfera menyebabkan udara disedut ke dalam kebuk pembakaran. Singkatan MAP. |
constant pressure combustion | pembakaran tekanan malar | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pembakaran yang biasanya berlaku dalam enjin turbin gas pada tekanan malar. Pembakaran tersebut boleh berlaku dalam kitaran enjin diesel semasa lejang kuasa pada enjin pembakaran dalam. Omboh ditolak oleh tekanan yang dihasilkan semasa pembakaran, menyebabkan isi padu bertambah tetapi tekanan masih malar. Tekanan akan menurun apabila pembakaran mula berhenti. |