bamboo fibre textile | tekstil serabut buluh | Buluh | Tiada | Tekstil yang dihasilkan daripada serabut buluh yang dipintal, dianyam, diwarna dan dikemas siap. |
plush | plush | Kesenian | Hiasan Dalaman | Permukaan atas tekstil atau benang bulu yang ditenun secara menegak dan padat, dipotong mengikut kaedah pail atau nap yang menyerupai baldu atau fustian. Tenunan atau tekstil daripada benang bulu yang ditenun secara menegak dan padat yang dipotong mengikut kaedah pail atau nap. Plush digunakan secara meluas untuk upholsteri, perabot serta digunakan untuk membuat pakaian dan topi. Plush moden dihasilkan daripada serat tiruan seperti poliester atau rayon. Plush berasal daripada perkataan Perancis iaitu peluche. |
differential duty | duti berbeza | Ekonomi | Tiada | Duti import yang mempunyai kadar yang berbeza, bergantung pada negara asal yang mengeluarkan atau mengeksport barang berkenaan. Umpamanya duti import yang dikenakan oleh Malaysia terhadap tekstil yang diimport dari Jepun mungkin berbeza daripada yang dikenakan terhadap tekstil dari Indonesia. Sinonim duti berdiskriminasi. |
greige goods | bahan greige | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan mentah tekstil atau fabrik yang belum diwarnakan. Bahan ini dibentuk dan dipasang dalam bentuk kepingan sebelum dihantar ke kilang untuk diproses dan dilunturkan. |
scatter cushion | kusyen serak | Kesenian | Tiada | Kusyen daripada pelbagai jenis tekstil, direka dalam pelbagai bentuk, saiz dan elemen hiasan dan diletakkan di merata-rata tempat. |
throw pillow | bantal serak | Kesenian | Tiada | Bantal daripada pelbagai jenis tekstil, direka dalam pelbagai bentuk, saiz dan elemen hiasan dan diletakkan di merata-rata tempat. |
developer | pencuci | Kimia | Kimia Analisis | Sebatian oragnik yang akan bertindak pada gentian tekstil untuk menghasilkan warna. |
dry rot | reput kering | Kesenian | Hiasan Dalaman | Keadaan yang terjadi pada kayu, gentian, tekstil atau permaidani akibat serangan mikroorganisma. Keadaan ini dapat dikenal pasti melalui kehilangan kekuatan serta sifat asal bahan tersebut. Reput kering pada permukaan belakang permaidani menyebabkannya mudah koyak dan rosak. Bahan daripada jut lebih mudah rosak berbanding bahan sintetik lain. Pereputan pada kayu disebabkan oleh kelembapan dan kurangnya pengudaraan. Sekiranya hujung kayu dibina terlalu dekat dengan dinding atau menggunakan pengikat besi di hujung kayu, kayu tersebut mungkin diserang oleh reputan, walaupun diawet dengan baik. |
nanofibre | nanogentian | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan yang berasaskan gentian dan berdiameter kurang daripada 100 nanometer. Walau bagaimanapun, dalam industri tekstil diameter gentian boleh mencapai sehingga 1000 nanometer. |
chenille | cenil | Kesenian | Hiasan Dalaman | Benang atau bahan fabrik yang dihasilkan melalui proses yang unik. Cenil berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud ulat bulu. Ahli sejarah tekstil berpendapat bahawa benang jenis cenil merupakan ciptaan terbaharu pada abad ke-18, yang kemudiannya menjadi jalur untuk menghasilkan benang cenil dan yan cenil. |