interim receipt | resit interim | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kenyataan yang dikeluarkan oleh insurer atau wakilnya yang menyatakan bahawa perlindungan telah pun berkuat kuasa. |
industrial momentum | momentum perindustrian | Geografi | Tiada | tetapi juga menambahkan kepentingannya setelah keadaan asal yang mempengaruhi pertumbuhannya di kawasan tersebut telah berubah, tidak lagi penting atau pun hilang sama sekali. |
random walk theory | teori perjalanan rawak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Teori tentang pergerakan harga atau sekuriti, kontrak hadapan, komoditi atau opsyen yang menyatakan harga masa lepas tidak menjadi petunjuk harga masa hadapan kerana harga telah pun membayangkan reaksi pelabur terhadap maklumat baru dan bergerak secara rawak. |
decline | kemerosotan; kemunduran; menurun | Kejuruteraan | Tiada | 2. Berada pada arah menuju ke bawah daripada pengufuk atau condong ke bawah.,3. Menjadi kurang secara berterusan, daripada segi bilangan atau kecekapan.Biasanya ia menandai bahawa titik puncak telah pun dilalui. |
checking copy | salinan bukti | Komunikasi | Korporat | Salinan iklan yang telah tersiar atau diterbitkan sebagai bukti pengesahan pelaksanaan akaun. Salinan ini diserahkan oleh pihak penerbitan majalah, akhbar dan sebagainya kepada agensi pengiklanan untuk mendapat perakuan dan pengesahan daripada pihak agensi pengiklanan, bahawa tanggungjawab penerbitan seperti yang diarahkan telah pun dilaksanakan. Selain salinan tersebut, disertakan juga maklumat mengenai nama, tarikh, masa, dan halaman atau kedudukan ruang dalam siaran atau penerbitan. Sesetengah agensi atau syarikat hanya membuat pembayaran iklan setelah salinan bukti siaran dan penerbitan diserahkan oleh pengiklan. Selain itu, salinan bukti juga disimpan sebagai dokumen rujukan untuk keperluan perancangan strategik pemasaran pada masa akan datang. Bukti ini perlu bagi memastikan proses pembayaran upah dapat dilakukan. |
prophylaxis | profilaksis | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan melindungi atau mencegah daripada penyakit 2. Pencegahan atau rawatan perlindungan daripada penyakit untuk mengelakkan sesuatu penyakit daripada merebak. Profilaksis terbahagi kepada dua jenis bergantung pada keadaan, iaitu profilaksis primer dan profilaksis sekunder. Profilaksis primer ialah tindakan pencegahan daripada kemunculan sebarang penyakit. Profilaksis sekunder ialah keadaan apabila suatu penyakit telah pun dihadapi oleh pesakit dan pencegahan dilak:ukan bagi merawat penyakit bexkenaan supaya tidak menjadi lebih memudaratkan. |
genetically modified foods (GMF) | makanan terubah suai genetik (GMF) | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Makanan yang terhasil daripada pengubahsuaian bahan genetiknya (DNA) melalui penggabungan dengan genetik organisma lain (tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma). Kebanyakan makanan ubah suai genetik yang telah dibangunkan adalah daripada tumbuhan seperti tomato, jagung dan kacang soya. Tumbuhan ini merupakan tanaman GMO (organisma yang diubah suai genetiknya) yang telah dibangunkan untuk menambah penghasilan tanaman, iaitu hasil daripada pembaikan ciri-ciri ketahanan terhadap penyakit dan racun serangga. Kesemua makanan ini perlu dinilai dengan teliti sebelum dibenarkan untuk dipasarkan. Panduan Kodeks Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)/Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah pun wujud untuk menganalisis makanan ubah suai genetik. |
ethnobotany | etnobotani | Herba | Fitokimia | Bidang kajian mengenai tumbuhan yang digunakan dalam kehidupan kumpulan etnik tertentu. Maklumat daripada kajian ini boleh digunakan sebagai petunjuk untuk menemui bahan atau sebatian yang bermanfaat dan bernilai. Contohnya, pokok mengkudu (Morinda citrifolia) asalnya digunakan oleh masyarakat di kepulauan Jawa untuk menghasilkan pewarna merah bagi mewarnakan kain batik. Pokok ini mengandungi sebatian berwarna merah alizarin yang kini telah pun dihasilkan secara sintetik. |
skin effect | kesan kulit | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim: faktor kulit Pengurangan tekanan tambahan formasi yang berlaku dalam sela antara jejari telaga dengan jejari saliran akibat terdapatnya kulit pada dormasi bersangkutan. Kesan ini tidak berdimensi dan diberi simbol S. S yang bernilai positif menunjukkan bahawa formasi mengalami kerosakan, dan jika S bernilai negatif menunjukkan bahawa kerosakan formasi telah diperbaiki. Jika S sama dengan sifar, bererti tiada kerosakan formasi berlaku atau pun formasi berada dalam keadaan biasa. |